Harian Metro

GSR atasi isu pencemaran

-

terjadual, sembilan kilang getah dan enam kilang kelapa sawit dalam membimbing bagi melaksanak­an penguatkua­saan di peringkat premis masing-masing.

“Sebelum ini, kita dapati kilang ini ada yang tidak mematuhi syarat, jadi pelaksanaa­n GSR diharapkan dapat menjadikan mereka lebih bertanggun­gjawab tanpa menunggu JAS datang melakukan penguatkua­saan.

“Buat masa ini kita tumpukan kepada kilang yang dilesenkan iaitu kilang getah, kilang kelapa sawit dan premis pembuangan terjadual sebelum diperluask­an kepada aktiviti ekonomi yang lain,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Seminar Akta Kualiti Alam

Pelaksanaa­n ke atas 3 aktiviti ekonomi dapat jadikan

premis lebih bertanggun­gjawab pada alam sekitar

Sekeliling 1974 di Sungai Petani, Kedah, baru-baru ini.

Hadir sama, Pengarah JAS Kedah Ramli Abdul Rahman.

Dr Leong berkata, kilang yang dikenal pasti akan dipantau dan dilatih untuk lebih bertanggun­gjawab, dalam masa yang sama dapat menjalanka­n penguatkua­saan sendiri berdasarka­n elemen GSR yang digariskan.

“Kita tak mahu pihak industri hanya mementingk­an keuntungan sematamata sehingga mengabaika­n tanggungja­wab menjaga alam sekitar,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, seminar yang disertai lebih 300 peserta membabitka­n pelbagai sektor ekonomi itu adalah sebahagian daripada Sambutan

Hari Alam Sekitar yang disambut serentak di seluruh negara pada 21 Oktober lalu.

Katanya, seminar itu bertujuan melengkapk­an pemain industri mengenai akta berkenaan supaya mereka menyedari tanggungja­wab mereka dalam merealisas­ikan matlamat melestarik­an alam sekitar.

 ??  ??
 ??  ?? DR Leong (dua dari kanan) menyampaik­an sijil kepada rakan kerjasama dalam menjalanka­n seminar.
DR Leong (dua dari kanan) menyampaik­an sijil kepada rakan kerjasama dalam menjalanka­n seminar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia