Harian Metro

Hasil tani

- Togi Marzuki rencana@hmetro.co.my

Lebih 100 pesara jururawat mengadakan program Reunion Pesara Jururawat Johor Darul Takzim (JDT) Mini Expo Agrotani di Kampung Parit Raja, Rimba Terjun, Pontian, Johor, baru-baru ini.

Mereka terdiri daripada bekas jururawat membabitka­n empat hospital iaitu Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru, Hospital Temenggung Seri Maharaja Tun Ibrahim, Kulai dan Hospital Pontian.

Selain berkumpul, mereka turut mengadakan majlis tahlil dan menjual pelbagai produk hasil keluaran sendiri termasuk hasil tani, makanan ringan, kuih tradisiona­l, pakaian, tudung, kraf tangan cenderahat­i serta produk minuman jus buah-buahan.

Pesara HSA selaku tuan rumah, Rohaya Mahmood, 62, berkata, program pertama kali itu turut memberikan kegembiraa­n kepada golongan pesara kerana ada yang sudah berpisah lebih 30 tahun lalu.

Beliau berkata, sebahagian mereka membawa pelbagai produk hasil keluaran sendiri untuk dijual dengan harga paling rendah dari pasaran dan secara tidak langsung menjadi tarikan kepada penduduk sekitar.

“Kalau mengikut jumlah rakan seperjuang­an yang bersara wajib termasuk berlainan hari dan tahun itu hampir 250 peserta, namun mereka tidak dapat hadir kerana mempunyai urusan dan tinggal berjauhan.

“Berkenaan tema program itu adalah di atas persetujua­n bersama apabila masing-masing memaklumka­n akan turut membawa bersama hasil produk pengeluara­n yang diusahakan selepas bersara,” katanya.

Rohaya yang mengusahak­an pelbagai hasil tani turut dibantu suaminya, Azmi Md Hassan, 62, yang juga pesara di HSA berkata, beliau begitu gembira kerana dapat berjumpa semula dengan rakanrakan lain.

Bagi pesara jururawat Hospital Pontian, Fatimah Tasimun, 61, pula berkata, beliau tidak menyangka penyertaan mengikuti kelas masakan sebelum ini membuahkan hasil kerana mampu menambah pendapatan selepas bersara.

 ??  ?? SEBAHAGIAN pesara jururawat yang menyertai Reunion Pesara Jururawat Johor Darul Takzim (JDT) Mini Expo Agrotani.
SEBAHAGIAN pesara jururawat yang menyertai Reunion Pesara Jururawat Johor Darul Takzim (JDT) Mini Expo Agrotani.
 ??  ?? FATIMAH menunjukka­n produk dihasilkan­nya. Tema program itu adalah atas persetujua­n bersama apabila masing-masing memaklumka­n akan turut membawa bersama hasil produk yang diusahakan selepas bersara
FATIMAH menunjukka­n produk dihasilkan­nya. Tema program itu adalah atas persetujua­n bersama apabila masing-masing memaklumka­n akan turut membawa bersama hasil produk yang diusahakan selepas bersara

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia