Harian Metro

Elak anak dewasa sebelum waktu

-

Bagi membina jati diri anak, antara keperluan penting adalah memilih prasekolah yang tepat agar rohani dan emosi anak dapat dibina seimbang bukan hanya pembelajar­an di kelas semata-mata.

Menjelaska­n lebih lanjut menurut Penyelaras Prasekolah Makmal Perkembang­an Kanakkanak, Pusat Penyelidik­an Keluarga, Remaja dan Kanak-Kanak (Face) Universiti Putra Malaysia (UPM) Nani Menon, kini ibu bapa seakan-akan terlupa mengenai fitrah anak iaitu memerlukan proses bermain dalam kehidupan mereka walaupun sudah dihantar ke sekolah.

Ini seperti yang dinyatakan dalam al-Quran mengenai cara didikan Rasulullah SAW terhadap anak baginda. Pada usia satu hingga enam tahun, Rasulullah menyuruh ibu bapa memanjakan, mengasihi dan menyayangi anak dengan kasih sayang. Anak diajar dengan lembut dan tidak dimarahi.

“Kaedah yang sama digunakan ibu bapa pada masa dahulu apabila mereka menggalakk­an anak meneroka dan bermain dengan segala bentuk permainan dalam persekitar­an mereka. Misalnya permainan baling selipar, teng-teng, congkak, pondok-pondok atau guli mempunyai banyak maksud tersirat.

“Pada usia sekitar empat dan lima tahun mereka sudah mengenali kawan sebaya dan bermain dalam kumpulan. Apabila bergaduh mereka tahu cara menanganin­ya, bersabar menunggu giliran, akur pada peraturan dan bekerjasam­a bagi

Penekanan berlebihan

kepada akademik menyebabka­n interaksi dan penerokaan individu tidak

berlaku

memastikan kumpulan masing-masing berjaya.

“Apabila kalah anak ini berusaha mengatur strategi agar mampu memenangi pertanding­an pada masa akan datang. Cara berfikir dan mengatur strategi ini juga adalah salah satu asas dalam berfikir aras tinggi yang ditekankan di sekolah,” katanya.

Dalam fasa ini anak belum mampu membaca atau menulis tetapi pembentuka­n sahsiah diri sudah mula terbentuk. Namun apabila institusi pendidikan dilihat sebagai sesuatu yang formal, pendidikan untuk prasekolah turut dilihat cenderung dengan memberi penekanan kepada akademik iaitu kebolehan membaca, mengira dan menulis sehingga mengabaika­n sahsiah dan emosi anak.

“Apa yang saya katakan ini bukanlah bermakna proses pembelajar­an di kelas tidak penting tetapi pada usia tiga hingga enam tahun ia bukanlah tunjang utama. Seperti yang dinyatakan oleh Bredekamp & Copple pada 1997, mengenai neuro. Dia menyatakan kebanyakan hubungan sinaps akan kekal sebanyak 80 peratus sekiranya dibina pada usia tiga tahun pertama.

“Dalam tempoh ini kanak-kanak belajar bergaul, melerai konflik, interaksi memujuk dan meneroka dunia persekitar­an yang hanya boleh diperoleh menerusi bermain. Oleh itu adalah penting sejak lahir mereka diberikan pengalaman pembelajar­an dengan rangsangan positif lebih kerap supaya sinaps yang terbentuk menjadi kekal,” katanya.

Kajian perkembang­an kanak-kanak pula menyatakan sejak lahir (malah ketika dalam kandungan) si kecil sudah mampu belajar. Penyelidik sains neuro yang mengkaji otak kanak-kanak mengakui pembentuka­n kecerdasan bermula sejak kanak-kanak lahir.

Bayi baru lahir

 ??  ??
 ??  ?? PEMBELAJAR­AN menerusi kaedah bermain membuatkan kanak-kanak tidak tertekan.
PEMBELAJAR­AN menerusi kaedah bermain membuatkan kanak-kanak tidak tertekan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia