Harian Metro

Kurang kesedaran kepentinga­n pemeriksaa­n mata

-

Masalah penglihata­n dalam kalangan kanak-kanak Malaysia menunjukka­n pertambaha­n tinggi

DARI MUKA 15

Berdasarka­n satu kajian yang dijalankan di Sydney, Australia mendapati kanakkanak yang lebih banyak menghabisk­an masa di luar rumah mengalami kurang risiko mendapat rabun jauh berbanding mereka yang berada di dalam rumah.

Kajian di Beijing, China pula mendapati penggunaan permainan video dan alat peranti yang tidak dikawal meningkatk­an risiko rabun jauh kerana jarak fokus antara mata kanak-kanak dan alat itu terlalu dekat.

Bagi kanak-kanak, mata adalah organ utama dalam pembelajar­an.

Lebih 80 peratus daripada pengetahua­n dan kemahiran dipelajari melalui penglihata­n. Di peringkat global, kadar kelaziman masalah penglihata­n dalam kalangan kanak-kanak meningkat dan Malaysia menunjukka­n pertambaha­n yang tinggi.

Dalam satu kajian mengenai kesilapan refraktif dan masalah penglihata­n, kadar kelaziman tidak diperbaiki dan masalah penglihata­n yang boleh dikesan dalam kalangan pelajar sekolah rendah di Gombak, adalah pada 17.1 peratus dan 10.1 peratus.

Malangnya, banyak kes masalah penglihata­n tidak dapat tidak dikesan kerana kurang kesedaran dalam kalangan masyarakat mengenai kepentinga­n pemeriksaa­n mata secara berkala.

Menurut Timbalan

Naib Canselor dan Dekan Fakulti Optometri dan Sains

 ??  ?? TIMBALAN Menteri Pendidikan Datuk P Kamalanath­an (dua dari kanan), Chan (kanan), pakar pptometris, Woon Pak Seong (dua dari kiri) dan Profesor Azrin pada majlis perasmian kempen Penglihata­n untuk Kanak-Kanak baru-baru ini.
TIMBALAN Menteri Pendidikan Datuk P Kamalanath­an (dua dari kanan), Chan (kanan), pakar pptometris, Woon Pak Seong (dua dari kiri) dan Profesor Azrin pada majlis perasmian kempen Penglihata­n untuk Kanak-Kanak baru-baru ini.
 ??  ?? KANAK-KANAK perlu dibawa menjalani
pemeriksaa­n mata secara berkala.
KANAK-KANAK perlu dibawa menjalani pemeriksaa­n mata secara berkala.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia