Harian Metro

Spageti carbonara kegemaran si kecil

- Siti Zarinah Sahib sitizarina­h@hmetro.com.my

Rasa penuh berkrim, tidak pedas malah mudah disediakan

mengikut cita rasa sekeluarga

Spageti carbonara bukan sahaja mudah disediakan kerana tidak memerlukan masa memasak yang lama, tetapi ia juga lazat dan berkhasiat. Disebabkan rasanya penuh berkrim bersama campuran susu segar dan krim masakan menyebabka­n ia menjadi hidangan kegemaran kanak-kanak.

Tambahan daging dan sayur dalam ramuan kuah dapat membekalka­n khasiat terutama kepada kanak-kanak yang cerewet makan.

Menurut cef Restoran Salt & Pepper Bandar

Baru Bangi Shauqi Abd Rahman bagi penggemar pasta,spageti carbonara sesuai dijadikan pilihan disebabkan tidak pedas.

“Cara memasaknya juga mudah,hanya masukkan bahan utama seperti susu segar dan krim memasak bersama herba oregano dan basil untuk rasa yang lebih enak. Kemudian masukkan spageti dan kacau. Tidak sampai 10 minit masakan sedia dihidangka­n untuk seisi keluarga,” katanya.

Shauqi yang menyediaka­n spageti carbonara tanpa sayursayur­an menjelaska­n mereka yang inginkan rasa sederhana boleh mencuba resipi ini. Namun begitu sayur-sayuran termasuk cendawan dan makanan laut seperti udang atau sotong ke dalam masakan boleh ditambah ke dalam resipi mengikut cita rasa masing-masing.

Bagi mengelak spageti melekat sesama sendiri, tambahkan minyak dalam air rebusan. Pastikan juga ketika merebus spageti tidak terlalu lembik dan hancur agar hidangan anda kelihatan enak dan lazat. Untuk pembaca Shauqi menunjukka­n cara memasak spageti carbonara yang boleh disediakan di rumah.

Bahan-bahan:

150 gram spageti

250 gram susu segar

250 gram krim memasak 3 ulas bawang putih Secubit oregano

Secubit basil

Garam

Lada hitam

Stok ayam

Rhu (campuran tepung gandum dan mentega) Hirisan daging

 ??  ?? SPAGETI carbonara bersama hirisan
daging.
1. BAHAN-bahan
2. MASUKKAN minyak masak, apabila minyak panas tumis bawang putih hingga wangi.
3. CAMPURKAN hirisan daging dan kacau sehingga masak.
4. TAMBAHKAN krim memasak dan kacau perlahan.
5....
SPAGETI carbonara bersama hirisan daging. 1. BAHAN-bahan 2. MASUKKAN minyak masak, apabila minyak panas tumis bawang putih hingga wangi. 3. CAMPURKAN hirisan daging dan kacau sehingga masak. 4. TAMBAHKAN krim memasak dan kacau perlahan. 5....
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia