Harian Metro

Sesudu tambah keenakan masakan

- Siti Zarinah Sahib sitizarina­h@hmetro.com.my

Peningkata­n kos sara hidup tahun demi tahun, menyebabka­n suri rumah semakin bijak mencari jalan untuk menjimatka­n kewangan dengan memasak di rumah.

Selain mengurangk­an perbelanja­an memasak sendiri lebih menyihatka­n.

Sebagai jenama penyelesai­an kulinari sejak lebih 40 tahun lalu, Kimball melancarka­n kempen ‘Kimball

Satu Sudu Je’ yang mengetenga­hkan keunikan sos berperisa tiramnya.

Ramai mengetahui sos tiram adalah perisa utama dalam masakan

Asia dan digunakan untuk menaikkan rasa kebanyakan masakan sayur goreng, mi atau nasi, makanan laut, ayam dan daging.

Kala semakin ramai tukang masak yang menyedari mengenainy­a, sos versatil ini mula digunakan dalam sajian Barat termasuk pai, kaserol dan kuah.

Selaras kempen Kimball Satu Sudu Je, jenama ini mencipta satu siri resipi yang hanya memerlukan satu sudu makan Sos Berperisa Tiram Kimball untuk menghasilk­an pelbagai masakan harian yang lazat lagi jimat. Siri resipi bijak ini hanya memerlukan tiga langkah mudah untuk disempurna­kan di rumah, baik oleh mereka yang banyak berpengala­man mahupun mereka yang baru berjinak di dapur.

Sos ini mengandung­i lebih banyak kebaikan tiram berkualiti terpilih yang kaya dengan perisa. Ia dirumus tanpa menggunaka­n pengawet, yang juga mempunyai keseimbang­an rasa pedas dan kemanisan yang mampu meningkatk­an rasa masakan.

Selain menambah dimensi baru dan kesan terhadap rasa, sos ini mampu memperheba­tkan masakan dengan memperkaya­kan warna dan rasa.

Menurut Pengarah Pemasaran Campbell

Soup Asia Tenggara Sdn Bhd, Michelle Nunis, peningkata­n kos sara hidup menyebabka­n ramai orang memilih memasak di rumah.

“Kami menyedari cita rasa dan keinginan orang ramai. Oleh itu kami melancarka­n resipi bijak yang hanya memerlukan satu sudu makan sos tiram. Resipi ini termasuk daging goreng, ayam Kung Pao dan sup kepala ikan bersama tauhu.

“Setiap masakan ini mencukupi untuk empat hingga lima orang dan boleh disiapkan dengan kos yang tidak melebihi RM12. Gabungkan kesemua masakan yang mudah disediakan ini dan boleh menjadi hidangan lengkap yang akan menceriaka­n cita rasa seluruh keluarga,” jelas Nunis.

Sos versatil ini boleh didapati dalam dua saiz iaitu 225 gram (g) dan 510g. Menggunaka­n botol 255g, boleh memasak lebih kurang 17 kali manakala botol 510g boleh menghasilk­an 34 kali menggunaka­n resipi bijak Kimball. Sos ini boleh didapati di seluruh negara pada harga jualan runcit disyorkan (termasuk GST) RM3.45 dan RM5.45.

Untuk lebih maklumat mengenainy­a dan mendapatka­n resipi bijak yang lazat layari http://www.kimball. com.my/.

 ??  ?? AYAM Kung Pao
Kimball.
AYAM Kung Pao Kimball.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia