Harian Metro

Tertarik hiasan kepala bayi comel

-

Ilham cekak daripada reben, felt, kapas tercetus selepas lihat rakan

jual produk kraf tangan guna bahan

asas terbabit

penghasila­n barangan mengikut tempahan.

“Dari segi jadual kerja, semua urusan menjahit dijalankan sepenuhnya di kedai. Namun ketika musim perayaan saya perlu berlipat gandakan usaha dengan menjahit di rumah disebabkan permintaan sangat tinggi sama ada untuk belian runcit atau borong,” ujarnya.

Menekankan konsep ceria dan ringkas, kebanyakan rekaan cekak Puteri Megat menggunaka­n rona terang seperti kuning, merah, hijau, ungu dan merah jambu. Rekaan ringkas dan tidak terlalu sarat dengan batu dan manik membuatkan ia diminati ramai.

Ada ketikanya Hazwani membuat rujukan di Internet berkenaan trend dan rekaan terkini bagi mendapatka­n inspirasi. Namun ia disesuaika­n dengan konsep ceria dan ringkas.

Produk perhiasan kepala ini boleh digunakan bayi berumur dari tiga bulan sehingga tiga tahun. Ada juga permintaan untuk bayi baru lahir atau kurang dari tiga bulan serta kanak-kanak melebihi usia tiga tahun.

Namun apa yang membuatkan produk ini istimewa apabila ia dihasilkan sendiri bermula peringkat penghasila­n bunga sehingga menyiapkan perincian kepala.

“Saya akui pelanggan sangat teliti ketika membeli produk untuk anak mereka. Sebab itu saya menggunaka­n fabrik berkualiti dan selesa yang dijahit sendiri. Memang pelanggan boleh merasai dan melihat jahitan yang kemas pada setiap produk.

“Bukan itu sahaja setiap dua atau tiga bulan, banyak rekaan baru dikeluarka­n.

Ini menjamin produk saya sentiasa segar dengan rekaan terkini,” katanya yang mengeluark­an ratusan produk sejak dilancarka­n pada 2010.

Selain cekak dan perhiasan kepala, turut disediakan adalah tudung dan turban untuk si manja. Menggunaka­n fabrik lycra Korea kerana mempunyai ketebalan yang sesuai untuk pemakaian bayi agar tidak cepat panas.

“Tudung yang disediakan seawal usia enam bulan hanyalah untuk kecantikan dan keceriaan sahaja. Pemakaian tudung pada peringkat usia sebegini tidak perlu dijadikan kewajipan atau paksaan yang akhirnya boleh merimaskan bayi. Pemakaian tudung hendaklah berdasarka­n keselesaan, apabila bayi berasa panas dan rimas selepas jangka masa tertentu, tudung hendaklah dibuka,” nasihatnya.

Menggunaka­n medium penjualan menerusi dalam talian dan juga butik vendor dengan lebih 50 wakil jualan yang menjual barangan bayi iaitu Tateh, Mamayayazo­ne,

 ??  ?? TURBAN untuk si manja yang lasak.
TURBAN untuk si manja yang lasak.
 ??  ?? CEKAK berbunga merah untuk bayi enam
bulan ke bawah.
CEKAK berbunga merah untuk bayi enam bulan ke bawah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia