Harian Metro

Tidur berkualiti tulang belakang lega

-

Beri pujian selepas anak memakai tudung Setiap kali selepas memakaikan tudung pada anak, puji terus katakan padanya “Cantiknya Ayla” sambil tersenyum padanya. Galakan ayah dan anak yang lain membuatkan dia gembira dan seronok bertudung.

Pilih tudung yang mudah dipakai dan selesa

Pemilihan jenis tudung amat penting. Sebolehnya cari tudung segera berkonsepk­an sarung. Ia lebih cepat dan menjimatka­n masa selain selesa dipakai. Ramai inginkan tidur dalam keadaan selesa dan berkualiti. Apabila bangun keesokan harinya mereka menjadi lebih bertenaga dan bersedia mencapai impian. Namun apa yang berlaku kini, ramai orang kerap terjaga dan merasakan sakit pada bahagian belakang yang berpunca daripada masalah sokongan pada tulang belakang.

Menyedari perkara ini KingKoil Bedding (Malaysia) Sdn Bhd melancarka­n koleksi tilam baharu

Prince dengan memberi penekanan kepada ciri sokongan tulang belakang yang sempurna menerusi fungsi Tri-Zone .

Fungsi Tri-Zone adalah penyediaan zon selesa dan memberi sokongan terbaik kepada badan ketika tidur. Ia merangkumi bahagian atas badan, bahu, leher, tulang belakang, pinggang dan kaki.

Pada majlis pelancaran turut diperkenal­kan duta terbaru King Koil, pelakon Fattah Amin yang sedang mencipta nama menerusi drama di televisyen. Sentiasa sibuk di lokasi penggambar­an namun untuk tidur yang lena Fattah mengakui dia memerlukan tilam yang mampu memberi sokongan kepada badan sepanjang enam jam dibuai mimpi.

“Saya percaya tidur lena dengan sokongan pada tulang belakang adalah salah satu elemen penting untuk kekal aktif dan sihat. Menerusi teknologi Tri-Zone tilam Prince King Koil memberikan keyakinan untuk saya mendapat tidur berkualiti menerusi sokongan tulang belakang,” kata Fattah.

Sepanjang tiga dekad lalu, King Koil berkembang menjadi jenama terkemuka di dalam pasaran tilam di Malaysia sehingga diakui dan diyakini sebagai tilam paling berkualiti di Malaysia. Untuk itu pemilihan Fattah tepat masanya kerana dia adalah antara pelakon paling diminati di Malaysia.

Menurut Pengurus

Besar Kanan King Koil Malaysia, Cheng Kai Hin, perlantika­n Fattah Amin sebagai duta jenama King Koil akan mewujudkan keghairaha­n dan rasa ingin tahu di dalam industri tilam di Malaysia.

“Kami percaya dengan populariti yang dikecapiny­a Fattah akan membawa jenama kami ke peringkat yang lebih tinggi dan dikenali terutama dalam kalangan pengguna berbangsa Melayu di Malaysia,” katanya.

Tilam Prince King

Koil didatangka­n dalam tiga variasi iaitu Crystal, Sapphire dan Diamond. Harga promosi untuk model baru ini adalah RM1,119 sehingga RM2,199 untuk saiz queen. Pelanggan juga boleh mendapatka­n koleksi hadiah percuma bantal Fattah Amin tertera tandatanga­nnya.

Untuk maklumat berlanjut, layari www.kingkoil.com. my.

 ??  ?? TUDUNG sarung untuk
si comel. BOLEH dipakai untuk majlis
keraian. CERIA dan selesa
digayakan.
TUDUNG sarung untuk si comel. BOLEH dipakai untuk majlis keraian. CERIA dan selesa digayakan.
 ??  ?? DARI kiri Pengurus Besar King Koil Malaysia Yeoh Jin Hoe, Pengarah Eksekutif OCB Berhad, Sak Swee Sang, Pengerusi OCB Berhad, Mohd Harris Pardi, Presiden Pelesenan King Koil Owen Shoemaker dan Fattah pada majlis pelancaran tilam Prince.
DARI kiri Pengurus Besar King Koil Malaysia Yeoh Jin Hoe, Pengarah Eksekutif OCB Berhad, Sak Swee Sang, Pengerusi OCB Berhad, Mohd Harris Pardi, Presiden Pelesenan King Koil Owen Shoemaker dan Fattah pada majlis pelancaran tilam Prince.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia