Harian Metro

80 hidupkan suasana seram

- Siti Zarinah Sahib sitizarina­h@hmetro.com.my

Pengunjung turut dikejutkan dengan kelibat ‘puntianak Cina’

Suasana menyeramka­n dicipta di pusat belibelah the Curve dan eCurve dengan hiasan menakutkan bersempena sambutan Hari Halloween, baru-baru ini. Tanglung labu jack-o-lantern berukir senyuman digantung bersama dekorasi kelawar yang diletakkan di sekeliling kawasan bagi menghidupk­an suasana yang diinginkan.

Bukan itu saja, pengunjung turut dimeriahka­n dengan hiasan tengkorak, rangka dan labah-labah di kawasan berhampira­n yang memberikan rasa teruja kepada kanak-kanak serta ibu bapa mereka.

Bagi peminat filem seram pula, mereka boleh menonton tujuh tayangan filem seram seperti IT dan Annabelle 2, menerusi kerjasama eCurve dan Cineplex yang menawarkan diskaun hebat bagi memberikan mereka lebih peluang menikmatin­ya pada harga istimewa.

Sambil bersamasam­a meraikan Hari Halloween, pengunjung turut dikejutkan dengan kelibat puntianak Cina berpakaian seperti

Jiang Shi daripada cerita dongeng Cina yang melompat-lompat di sekeliling pusat belibelah bagi ‘menakutkan’ pengunjung. Ada yang berlari dan menjerit tatkala hantu Cina ini menghampir­i mereka.

Untuk melengkapk­an kemeriahan sambutan ini, 80 kanak-kanak berusia tiga hingga 10 tahun berpeluang mengenakan pelbagai kostum Halloween dan berpeluang mengunjung­i beberapa kedai bagi mengumpul gula-gula, hadiah dan pelbagai cenderahat­i. Ternyata ia acara yang cukup meninggalk­an kenangan dan pengalaman manis kepada mereka.

 ??  ?? KANAK-KANAK memakai pelbagai kostum yang bersempena Hari Halloween, baru-baru ini.
KANAK-KANAK memakai pelbagai kostum yang bersempena Hari Halloween, baru-baru ini.
 ??  ?? PUNTIANAK dengan kostum yang menarik perhatian pengunjung.
PUNTIANAK dengan kostum yang menarik perhatian pengunjung.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia