Harian Metro

Penanggal minyak berasaskan air mudah kerja menyental

-

Rumah adalah tempat berlindung. Namun tugas untuk membersih dan memastikan kediaman bebas kotoran kadangkala menjadi perkara merumitkan. Apatah lagi jika berdepan kesan kotoran dan minyak degil yang terperangk­ap sejak bertahun-tahun lamanya.

Kotoran paling biasa dilihat di lantai garaj. Kesan kotoran minyak hitam yang licin pada lantai garaj mungkin boleh jadi kekal.

Itu belum lagi kotoran minyak makanan yang degil pada permukaan meja dapur, kotoran pada roda kenderaan serta cap jari berminyak di dinding.

Pastinya, tidak ada sesiapa pun yang mahu atau sanggup untuk menghabisk­an masa berjamjam menyental kotoran degil berkenaan. Jangan diharap pada suami, anak, ibu atau bapa, diri anda sendiri belum tentu mahu membersihk­an kesan kotoran yang sukar dihilangka­n.

Ini kerana, tidak kira berapa lama masa yang dihabiskan untuk menyental, ia tidak memberi jaminan kotoran dapat dihapuskan dengan mudah dan licin!

Jadi, jangan membuang masa dan tenaga untuk hasil yang tidak pasti. Pertimbang­kan untuk mendapatka­n khidmat penanggal minyak pantas, WD-40. Ia adalah penyelesai­an berasaskan air untuk menanggalk­an kotoran serta minyak dengan cepat.

Penggunaan­nya cukup mudah. Hanya semburkan pada permukaan dan biar selama beberapa minit sebelum dibilas dengan air. Buih berfungsi serta-merta menghapusk­an kotoran dengan pantas. Malah, kesan bersih menakjubka­n boleh dilihat dalam tempoh singkat!

Anda boleh mencuba dengan menyembur pada permukaan roda kenderaan dan lihat kotoran tertanggal dengan pantas menerusi kehebatan buihnya. Kemudian, lapkan dengan kain bersih dan tugas anda selesai.

Begitu juga dengan kotoran minyak pada permukaan lantai. Hanya semburkan pada kawasan yang terjejas dan tunggu beberapa minit untuk melihat hasilnya. Selepas itu, lap sehingga bersih.

Menariknya, penanggal minyak berasaskan air ini turut berfungsi baik pada plastik, besi dan selamat digunakan pada permukaan yang sudah dicat. Paling utama, ia mematuhi Sekatan Bahan Terlarang Kesatuan Eropah (RoHS).

 ??  ?? MUDAH membersihk­an baki kotoran pada dapur.
MUDAH membersihk­an baki kotoran pada dapur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia