Harian Metro

PETAKA TENGAH LAUT

- Ainul Durmahyant­y Durming hmkk@hmetro.com.my

Seorang remaja lelaki dikhuatiri lemas manakala dua lagi cedera selepas bot yang mereka naiki bertembung dengan sebuah bot lain di perairan Tambisan, kelmarin.

Dalam kejadian kirakira jam 6.45 petang itu, bot dikemudi Mohd Yazer, 11, bersama dua lagi rakan, Asraf Jalani, 16, dan abangnya Abu Sabri, 18, dipercayai melanggar sebuah bot dikemudi Zamazi Zakaria, 31.

Bot dinaiki tiga mangsa dalam perjalanan dari Pulau Tambisan menuju tanah besar Kampung Tambisan Darat manakala bot yang dinaiki Zamazi dari arah bertentang­an.

Difahamkan, keduadua bot juga didapati tidak mempunyai lampu dan hanya bergantung pada cahaya telefon bimbit menyebabka­n berlaku kemalangan itu.

Akibat kejadian itu, Abu Sabri hilang manakala Mohd Yazer dan Asraf cedera pada badan dan tangan dan dihantar ke Klinik Tambisan oleh Zamazi.

Timbalan Pengarah Operasi Daerah

Maritim Sandakan Komander Maritim Mohd Khairulanu­ar Abdul Majid berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) diaktifkan pada jam 10.55 malam selepas menerima laporan kejadian itu.

“Pusat Penyelaras Mencari dan Menyelamat Maritim (MRSC) Wilayah Sabah dan Labuan menerima panggilan MERS 999 daripada seorang rakan mangsa pada jam 9 malam selepas usaha mencari yang dimulakan penduduk kampung gagal.

“Sebaik SAR diaktifkan, sebuah kapal dan bot Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) digerakkan ke lokasi kejadian dibantu kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), bot Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta lima bot penduduk,” katanya dalam kenyataan media, semalam. Penampang: Polis menumpaska­n dua kumpulan penjenayah dikenali Geng Saudara dan Geng Ayah Rul terdiri daripada lapan lelaki yang disyaki terbabit dengan aktiviti curi motosikal, samun dan pecah rumah di sekitar Penampang dan Kota Kinabalu.

Tangkapan dibuat sejak Isnin lalu hingga kelmarin membabitka­n lapan lelaki berusia 19 hingga 37 tahun dalam serbuan berasingan di beberapa lokasi seperti Kampung Baru Luyang, Putatan dan sekitar pekan Penampang.

Ketua Polis Daerah Penampang Deputi Superinten­dan Rosley Hobden berkata, polis turut merampas pelbagai barangan termasuk empat motosikal, tong gas petroleum cecair (LPG), komputer riba dan beberapa dompet milik mangsa bernilai lebih RM40,000 disyaki hasil daripada kegiatan jenayah suspek.

Beliau berkata, turut dirampas sepucuk pistol tiruan dan sebilah pedang samurai disyaki digunakan oleh satu kumpulan berkenaan untuk kegiatan haram mereka sebelum ini.

“Kejayaan kedua kita berjaya menumpaska­n satu lagi geng dikenali Geng Ayah Rul didalangi seorang lelaki berasal dari Tawau dikenali sebagai Kamarul Sahar yang aktif mencuri motosikal dan pecah rumah di sekitar Penampang dan Kota Kinabalu,” katanya pada sidang media, di sini, semalam.

Menurutnya, berikutan penangkapa­n keduadua ahli kumpulan itu, polis percaya dapat menyelesai­kan sekurangku­rangnya 12 kes samun dan curi motosikal yang berlaku pada tahun ini.

“Semua suspek direman di IPD Penampang untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 457, Seksyen 379A dan Seksyen 379 Kanun Keseksaan manakala bagi kesalahan memiliki senjata api tiruan dan senjata tajam, kes disiasat mengikut Seksyen 6, Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat 1971) dan Seksyen 6(1), Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.

Seorang hilang, dua cedera bot bertembung di perairan Tambisan

 ?? FOTO ?? APMM bersama bomba serta penduduk setempat berusaha mencari mangsa selepas dua bot berlanggar di perairan Tambisan, di Sandakan.
FOTO APMM bersama bomba serta penduduk setempat berusaha mencari mangsa selepas dua bot berlanggar di perairan Tambisan, di Sandakan.
 ??  ??
 ??  ?? ROSLEY (kiri) menunjukka­n sepucuk pistol tiruan yang dirampas daripada Geng Saudara selepas ditahan di Kampung Baru, Luyang.
ROSLEY (kiri) menunjukka­n sepucuk pistol tiruan yang dirampas daripada Geng Saudara selepas ditahan di Kampung Baru, Luyang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia