Harian Metro

Gendong 817 kad kredit klon dari Hong Kong

-

Kota Kinabalu: Seorang lelaki disyaki dijadikan ‘keldai’ untuk membawa masuk 817 kad kredit klon pelbagai bank ke negeri ini ditahan di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kota Kinabalu (KKIA), di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.25 pagi, lelaki berusia 34 tahun itu dikatakan baru tiba dari Hong Kong ke negeri ini dengan menaiki penerbanga­n komersial.

Menurut sumber, hasil pemeriksaa­n menerusi mesin pengimbas yang dilakukan pegawai kastam mendapati beg galas dibawa lelaki berkenaan mempunyai imej meragukan.

Katanya, hasil pemeriksaa­n lanjut kemudian mendapati beg galas itu berisi empat kotak mengandung­i kad kredit pelbagai bank.

Sumber berkata, selepas pemeriksaa­n lanjut, lelaki itu disoal siasat kastam dan notis dikeluarka­n untuk menahan barang dibawanya kerana terdapat keraguan kemungkina­n suspek terbabit dengan sindiket kad kredit palsu.

Beliau berkata, lelaki itu kemudian ditahan kira-kira jam 2.30 pagi dan barang dibawanya turut dirampas dan diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut.

Menurutnya, hasil siasatan awal, suspek dipercayai diupah untuk membawa masuk kad kredit klon pelbagai bank dalam dan luar negara dari Hong Kong untuk ahli sindiket bagi tujuan pemalsuan kad kredit antarabang­sa.

Sementara itu, Pesuruhjay­a Polis Sabah Datuk Ramli Din mengesahka­n mengenai penahanan suspek dan rampasan kad kredit klon pelbagai bank di KKIA.

“Ya, ada seorang lelaki ditahan dan sebanyak 817 kad kredit klon dirampas.

“Dia ditahan selepas tiba dari Hong Kong dan kita masih siasat mengenainy­a,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

 ??  ?? RAMLI memuat naik status di laman Twitter miliknya berkaitan rampasan kad kredit klon KKIA, di Kota Kinabalu.
RAMLI memuat naik status di laman Twitter miliknya berkaitan rampasan kad kredit klon KKIA, di Kota Kinabalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia