Harian Metro

Sorok dadah dalam kotak rokok

-

Miri: Lakonan dua tokan dadah berlagak tenang sebaik ditahan polis gagal mengaburi mata pihak berkuasa apabila menemui dadah yang disorokkan di dalam kotak rokok di kawasan parkir Lapangan Terbang Miri, di sini, Selasa lalu.

Dalam operasi jam 10.30 pagi, kedua-dua lelaki berusia 32 dan 53 tahun ditahan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) Miri hasil risikan polis sejak lebih seminggu lalu.

Menurut sumber, pemeriksaa­n lanjut menemui satu peket plastik kecil dan besar mengandung­i syabu dianggarka­n seberat 22.18 gram bernilai RM5,500 di dalam kotak rokok berkenaan.

Sumber berkata, sejurus menerima maklumat, anggota polis bergegas ke lokasi dan mendapati kedua-dua suspek berada di dalam kereta Perodua Axia di parkir Lapangan Terbang Miri.

Kata sumber itu, polis memperkena­lkan diri sebelum membuat pemeriksaa­n pada tubuh badan, bagaimanap­un tidak menemui dadah.

“Malah mereka berlagak tenang seolah-olah tidak melakukan kesalahan dan cuba mengaburi pihak berkuasa mengenai kegiatan haram dijalankan.

“Polis memeriksa kotak rokok yang diletakkan di dalam tempat menyimpan air dalam kereta berkenaan sebelum menemui dadah di dalamnya,” katanya.

Sumber itu berkata, kedua-dua suspek ditahan dan dibawa ke Balai Polis Pusat Miri untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata, polis tidak menolak kemungkina­n suspek sudah beberapa bulan menjalanka­n kegiatan pengedaran di daerah ini dan mengesan bekalan dadah diperoleh mereka.

Jurucakap polis mengesahka­n tangkapan itu dan memberitah­u kes disiasat mengikut Seksyen Seksyen 39(A)(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

 ??  ?? DADAH yang ditemui polis.
DADAH yang ditemui polis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia