Harian Metro

Bingung ibu bapa menghilang

- Amniera Naziera Amran hmkk@hmetro.com.my

 Pekerja bengkel antara 16 penagih ditahan AADK cerita sebab gian syabu

FAKTA Op Bersepadu tahan 16 penagih termasuk

seorang wanita di sekitar Kampung Likas, Puri Warisan

“Saya mula mengambil syabu sejak berusia 12 tahun kerana tertekan selepas ibu bapa bercerai,” kata pekerja bengkel dikenali sebagai Mamat, 22, selepas ditahan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dalam Ops Bersepadu di sekitar bandar raya ini, semalam.

Dalam operasi selama lima jam bermula jam 9.30 malam kelmarin, lelaki itu antara 16 individu ditahan akibat positif dadah selepas ujian saringan air kencing.

Menurutnya, kesempitan hidup menyebabka­n dia mengambil syabu supaya dapat bertahan melakukan kerja berat di bengkel bagi menyara adik-beradik lain.

“Saya terjebak dengan dadah kerana bingung dengan tindakan ibu bapa yang menghilang­kan diri tanpa sebarang nafkah dan khabar selepas bercerai hingga kini. Saya terdesak untuk menenangka­n fikiran sebelum akhirnya mengambil syabu untuk melupakan masalah.

“Saya sering keluar malam dan tidak pulang ke rumah semata-mata untuk mendapatka­n bekalan dadah serta mengabaika­n tanggungja­wab sebagai abang. Pada usia itu, saya sudah bekerja sebagai mekanik kerana mahu menyara adik-beradik.

“Pada siang hari, saya bekerja dan pada waktu malam saya tidak pulang ke rumah, tetapi apabila sampai waktu gaji hujung bulan, saya beri separuh untuk belanja adikberadi­k di rumah,” katanya.

Katanya, dia mahu berhenti mengambil dadah, namun pengaruh rakan selain syabu mudah diperoleh membuatkan dia sukar berhenti.

“Akibat kesempitan hidup, dua adik berkahwin pada usia muda supaya mereka mempunyai tempat bergantung,” katanya.

Sementara itu, Ketua Bahagian AADK Kota Kinabalu Lawrence Galleh berkata, dalam operasi itu, pihaknya menggempur sekitar Kampung Likas dan Puri Warisan dan menahan 16 individu termasuk seorang wanita berusia 20 hingga 45 tahun.

“Semua ditahan disiasat mengikut Seksyen 3 (1)(a), Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan 1983) Pindaan 1998 dan direman 14 hari untuk siasatan lanjut,” katanya.

 ??  ?? ANTARA penagih yang ditahan AADK, semalam.
ANTARA penagih yang ditahan AADK, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia