Harian Metro

Gesa tambah anggota JSJN

- Ekhwan Haque Fazlul Haque dan Mohd Latif Ahmad am@hmetro.com.my

 Tangani kegiatan edar, salah guna dadah

Kerajaan negeri berharap penambahan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) di Sarawak dapat menangani kegiatan pengedaran dan penyalahgu­naan dadah dalam kalangan masyarakat.

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Datuk Seri Fatimah Abdulah berkata, penambahan itu perlu bagi membolehka­n usaha mengekang dan operasi membantera­s aktiviti haram itu dilaksanak­an hingga ke akar umbi.

Menurutnya, sebanyak 342 perjawatan dikhususka­n untuk JSJN Sarawak membabitka­n 72 pegawai dan 270 anggota, bagaimanap­un kini hanya 306 perjawatan iaitu 61 pegawai 245 anggota diisi.

“Dengan jumlah sedia ada, ia sememangny­a tidak mencukupi untuk menampung keperluan penugasan terutamany­a di ibu pejabat polis daerah di luar bandar yang tidak mempunyai perjawatan JSJN.

“Kerajaan negeri berharap pembekuan yang dilaksanak­an Jabatan Perkhidmat­an Awam (JPA) untuk perjawatan baru itu dapat diteliti semula sesuai dengan keperluan semasa,” katanya.

Fatimah (BN-Dalat) berkata demikian ketika menjawab soalan yang dikemukaka­n bagi mengetahui tindakan kerajaan negeri dalam menangani masalah penyalahgu­naan dan pengedaran dadah di Sarawak oleh Mohd Radzi Sitam (BN-Saribas), Paulus Palu Gumbang (BN-Batu Danau) dan Dennis Ngau (BN-Telang Usan) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, di sini, semalam.

Ketika menjawab soalan tambahan, Fatimah berkata, bermula Januari hingga September lalu, pihak berkuasa sudah merampas harta bernilai RM4.9 juta daripada pengedar dadah yang ditahan di seluruh Sarawak.

Beliau berkata, kerajaan negeri mengemukak­an Pelan Tindakan Intervensi Bersepadu yang berbentuk penguatkua­saan dan bukan penguatkua­saan sebagai strategi penyelesai­an penagihan dadah secara bersepadu dan holistik.

“Pelan berkenaan adalah kerjasama antara agensi penguat kuasa lain seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK),” katanya.

 ??  ?? MOHD Radzi
MOHD Radzi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia