Harian Metro

Cekup penyamun sedang lena

-

Seorang lelaki yang sedang tidur dicekup polis selepas disyaki terbabit dalam enam kes pecah rumah dan curi di sekitar Kampung Tinusa Satu, Batu 7, di sini, Isnin lalu.

Dalam serbuan kira-kira jam 9.30 malam itu, lelaki tempatan berusia 24 tahun itu juga didapati positif dadah.

Ketua Polis Daerah Sandakan Asisten Komisioner Mohd Azhar Hamin berkata, polis turut merampas 35 barangan dianggarka­n bernilai RM12,000 disyaki hasil kegiatan jenayah dilakukan suspek.

“Antara barangan ditemui dipercayai hasil kegiatan jenayah termasuk pisau, televisyen, komputer riba, pembesar suara, peralatan sistem bunyi, lampu sorot, mesin gergaji berantai, kasut, mesin rumput dan kipas angin.

“Semua barangan itu disembunyi­kan di rumah suspek sebelum dijual kepada penduduk setempat. Barang itu kemudian dibawa ke Balai Polis Sandakan untuk siasatan lanjut,” katanya pada sidang media di Balai Polis Bandar Sandakan, semalam.

Beliau berkata, polis juga sedang mengesan seorang lelaki dikenali Mohd Sarudin Zainal Abidin berusia 20-an dipercayai rakan subahat suspek.

“Lelaki yang masih bebas itu memiliki rekod jenayah lampau berkaitan kes dadah yang sedang dibicaraka­n di mahkamah.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubung­i balai polis berhampira­n segera,” katanya.

Menurutnya, pada bulan lalu hingga awal bulan ini, pihaknya menerima enam laporan kes pecah rumah dan curi di sekitar kampung berkenaan membabitka­n kerugian kira-kira RM12,700.

 ??  ?? MOHD Azhar (dua dari kanan) menunjukka­n pisau dan barangan yang dirampas.
MOHD Azhar (dua dari kanan) menunjukka­n pisau dan barangan yang dirampas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia