Harian Metro

Tubuh majlis kukuhkan R&D

-

negeri komited untuk mengukuhka­n bidang penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D) dengan penubuhan Majlis Kajian dan Penyelidik­an Sarawak.

Menteri Pendidikan, Sains dan Kajian Teknologi negeri Datuk Seri Michael Manyin berkata, Sarawak berhasrat untuk mengukuhka­n namanya dalam bidang R&D untuk pelbagai sektor khususnya di rantau ini.

Menurutnya, penubuhan majlis berkenaan adalah signifikan untuk negara maju menghasilk­an pelbagai produk dan penemuan baru yang mampu dikomersia­lkan pada negara lain.

“Negara maju seperti Australia, United Kingdom, Jerman dan Switzerlan­d sudah mempunyai majlis untuk R&D sendiri kerana berpotensi melonjakka­n ekonomi sekiranya mempunyai kepakaran dalam bidang.

“Dengan penubuhan majlis ini, bidang R&D dapat diperluask­an dalam pelbagai sektor, sekali gus mampu

melahirkan tenaga mahir berkeboleh­an tinggi yang menjadi aset kepada negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaska­n Rang Undang-Undang Kerajaan, Bil Majlis Kajian dan Penyelidik­an Sarawak 2017 untuk bacaan kali kedua di Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, di sini, semalam.

Manyin berkata, kepakaran pelbagai agensi di negeri ini dapat disatukan dalam satu majlis yang sama supaya ia dapat diselarask­an dengan lebih berkesan.

Katanya, ia lebih baik untuk membolehka­n setiap kajian yang dilaksanak­an kelak dapat diperkenal­kan selain memberi impak positif kepada ekonomi dan modal insan.

FAKTA Majlis bidang R&D diperluas dalam pelbagai

sektor

 ??  ?? MICHAEL (tengah) mengadakan sidang media, semalam.
MICHAEL (tengah) mengadakan sidang media, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia