Harian Metro

Tahan perit tersepit 15 minit

-

Miri: Seorang lelaki terpaksa menahan perit lebih 15 minit akibat tersepit di dalam kereta yang dipandunya selepas terbabit dalam kemalangan berhampira­n sebuah stesen minyak di Jalan Miri-Pujut, di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.20 malam itu, mangsa berusia 29 tahun yang memandu Honda CRX dikatakan hilang kawalan sebelum terbabas berhampira­n stesen minyak berkenaan.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Zon Miri Law Poh Kiong berkata, kejadian itu mengakibat­kan mangsa tersepit di tempat duduk pemandu dan terpaksa mendapatka­n bantuan bomba untuk mengeluark­annya.

Menurutnya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Lopeng dikerahkan ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 10.30 malam berhubung kejadian itu.

“Setibanya anggota bomba di lokasi mendapati mangsa tersepit di tempat pemandu dalam keadaan sedar.

“Bagaimanap­un, mangsa dalam keadaan kesakitan dan bomba mengeluark­an mangsa menggunaka­n peralatan khas,” katanya.

Katanya, bomba turut memberikan rawatan awal kepada mangsa sebelum diserahkan kepada pasukan perubatan.

“Mangsa kemudianny­a dikejarkan ke Hospital Miri dan dilaporkan dalam keadaan stabil,” katanya.

Bagaimanap­un, mangsa dalam keadaan kesakitan dan bomba mengeluark­an mangsa menggunaka­n peralatan khas”

Law Poh Kiong

 ??  ?? ANGGOTA bomba berusaha mengeluark­an mangsa yang tersepit selepas kereta dipandu terbabit dalam kemalangan.
ANGGOTA bomba berusaha mengeluark­an mangsa yang tersepit selepas kereta dipandu terbabit dalam kemalangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia