Harian Metro

Lelaki maut kenderaan rempuh pokok

-

Seorang lelaki maut selepas pacuan empat roda yang dipandunya hilang kawalan sebelum merempuh sebatang pokok di Bandar Baru MJC, Jalan Batu Kawa, di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 2.15 pagi itu, mangsa Lew Yu Song, 52, disahkan maut sebaik tiba di Hospital Umum Sarawak (HUS) di Kuching akibat parah di kepala.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan

Penguatkua­saan Trafik Sarawak Deputi Superinten­dan Bingkok John berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian selepas dihubungi pengguna jalan raya yang melalui kawasan berkenaan.

Menurutnya, siasatan lanjut mendapati mangsa bersama isterinya berusia 40-an dalam kenderaan pacuan empat roda jenis Nissan Safari itu hilang kawalan sebelum melanggar pokok di kiri jalan.

“Akibat rempuhan kuat itu, mangsa parah di bahagian kepala dan isterinya meminta bantuan orang awam untuk menghantar suaminya ke HUS untuk rawatan kecemasan.

“Sebaik tiba di HUS, pegawai perubatan bertugas mengesahka­n mangsa sudah meninggal dunia,” katanya.

Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik HUS untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarga untuk urusan pengebumia­n.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987 dan orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta tampil membantu siasatan.

 ??  ?? LEW
LEW

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia