Harian Metro

MATI BERURUT

Warga emas alami serangan jantung ketika di pusat refleksolo­gi

- Mohd Ali Tamby apendy@hmetro.com.my

Seorang lelaki warga emas meninggal dunia di sebuah pusat refleksolo­gi di Jalan Yang Kalsom di sini, malam kelmarin dipercayai ketika mendapatka­n khidmat urut di pusat berkenaan.

Dalam kejadian jam 7.20 malam, pesara guru berusia 65 tahun berasal dari Sungai Siput itu dipercayai mengalami serangan jantung sebelum tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia di pusat berkenaan.

Difahamkan, lelaki berkenaan ke pusat refleksolo­gi berkenaan bersendiri­an menaiki kereta Honda.

Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Mohd Ali Tamby berkata, pihaknya menerima maklumat awam mengatakan terdapat kematian di pusat refleksolo­gi berkenaan.

“Pada jam 7.20 malam, anggota bertugas di Kaunter Aduan Balai Polis Pekan Baru menerima panggilan telefon memaklumka­n ada kematian di pusat refleksolo­gi berkenaan.

“Siasatan di lokasi kejadian mendapati memang ada kematian dan lelaki itu disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan dari Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB),” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, mayat warga emas terbabit dibawa ke HRPB untuk dibedah siasat bagi mengenal pasti punca sebenar kematian.

“Kes diklasifik­asikan mati mengejut (SDR) sebelum mayat dituntut ahli keluargany­a,” katanya.

Sementara itu, jenazah mangsa dituntut ahli keluargany­a jam 12.45 tengah hari semalam dan menurut ahli keluarga, mangsa meninggal dunia akibat sakit jantung.

Jenazah dikebumika­n di kampung halamannya di Sungai Siput dan pesara yang kematian isteri itu meninggalk­an dua anak.

FAKTA Warga emas ke pusat refleksolo­gi bersendiri­an

 ??  ?? ANGGOTA polis mengangkat mayat warga emas untuk dibawa ke HRPB.
ANGGOTA polis mengangkat mayat warga emas untuk dibawa ke HRPB.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia