Harian Metro

DIDAKWA RANTAI ZURIAT

- Raja Norain Hidayah Raja Abdul Aziz rnorain@hmetro.com.my

Kuantan

Hanya riak wajah tenang yang dipamerkan pasangan suami isteri apabila dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, atas dua pertuduhan menganiaya anak mereka yang berusia 10 tahun dengan merantai lehernya pada tong gas di kediaman mereka di Indera Mahkota 1, bulan lalu.

Tertuduh, Mohd Farid Fikri Mohamad, 32, yang memakai kemeja biru serta isterinya, Fatimah Muhammad Zain, 37, yang berjubah dan bertudung biru membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan itu dibacakan terhadap mereka di hadapan Hakim Datuk Unaizah Mohd.

Mengikut pertuduhan pertama, mereka dengan niat bersama melakukan penganiaya­an terhadap kanak-kanak itu dengan merantai lehernya pada tong gas di rumah beralamat Lorong Indera Mahkota 1/13, Indera Mahkota antara jam 1 pagi hingga 9.15 pagi pada 5 Oktober lalu.

Mereka melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 31(1) Akta yang sama dan dibaca bersama dengan Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa membiarkan mangsa tanpa mengadakan persediaan bagi pengawasan dan pemelihara­an yang berpatutan antara jam 8 pagi hingga jam 10.30 malam, pada 31 September hingga 4 Oktober lalu.

Bagi kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 33 (1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 dan sabit kesalahan boleh dihukum mengikut Seksyen 31(1) akta yang sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Shahrul Ekhsan Hassim manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam Noor Svetlana Mohd Noor Nordin.

Kanak-kanak lelaki berkenaan ialah anak kandung

Fatimah daripada perkahwina­n terdahulu dan mangsa kini ditempatka­n dalam jagaan bapa kandungnya.

Shahrul Ekhsan memaklumka­n mahkamah kes berkenaan sudah mendapat liputan dan perhatian meluas dalam negara dan pihaknya menawarkan jaminan sebanyak RM8,000 setiap tertuduh bagi kedua-dua

FAKTA Suami isteri ditawar ikat jamin RM6,000 seorang

 ??  ?? MOHD Farid dan Fatimah didakwa dengan sengaja menganiaya anak mereka yang berusia 10 tahun.
MOHD Farid dan Fatimah didakwa dengan sengaja menganiaya anak mereka yang berusia 10 tahun.
 ??  ?? LAPORAN Harian Metro 7 Oktober lalu.
LAPORAN Harian Metro 7 Oktober lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia