Harian Metro

AJAL DIREMPUH TEKSI LALOK Hasrat naik pelamin musnah

- Izlaily Nurul Ain Hussein izlaily@hmetro.com.my

Penunggang, pembonceng motosikal maut dilanggar

pemandu positif dadah hilang kawalan

Seorang penunggang dan seorang pembonceng motosikal maut apabila dilanggar teksi yang dipandu lelaki positif dadah jenis methamphet­amine dalam kemalangan membabitka­n empat kenderaan di Jalan Pantai menghala ke Pasir Gudang, di sini, pada jam 1.45 pagi, semalam.

Dalam kejadian itu, pembonceng Honda Wave dikenali sebagai Mohamad Alif Aiman Azhar, 15, maut di tempat kejadian manakala penunggang motosikal SYM, Kamarul Fathullah Afiq Kamarul Hisham, 19, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail (HSI), di sini.

Dua rakan mereka, Muhammad Nur Hafizam Ahmad Raya, 17, dan Adam Hashim, 28, cedera ringan manakala seorang lagi rakan, Mohd Zulfitri Rahimin, 16, terselamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Asisten Komisioner Shahurinai­n Jais berkata, pihaknya percaya kemalangan berlaku apabila pemandu teksi berusia 38 tahun dari arah pusat bandar menghala ke Pasir Gudang hilang kawalan lalu terbabas ke bahu kiri jalan.

“Teksi berkenaan kemudian melanggar tiga motosikal yang dipercayai berhenti di bahu jalan kerana membaiki motosikal mangsa berusia 15 tahun yang rosak.

“Akibat rempuhan itu, Mohamad Alif Aiman yang masih belajar dan berasal dari Taman Scientex, Pasir Gudang cedera parah di tengkuk dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Seorang lagi rakan mereka, Kamarul Fathullah Afiq dari Taman Cendana, Pasir Gudang cedera parah di dada dan disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di HSI,” katanya ketika ditemui.

Menurutnya, pemandu teksi berkenaan sudah ditahan dan dibawa ke hospital untuk diambil sampel darah dan menjalani ujian saringan air kencing sebelum mendapati dia positif dadah jenis methamphet­amine.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987 dan orang ramai yang menyaksika­n kejadian itu diminta tampil bagi membantu siasatan.

Sementara itu, di pekarangan Jabatan Perubatan Forensik, HSI, semalam, Adam yang dianggap sebagai abang kepada semua mangsa tidak dapat menahan kesedihan dan berkali-kali meminta maaf kepada keluarga mangsa.

Kedua-dua jenazah dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Taman Cahaya Baru, Masai, semalam. Hasrat seorang lelaki berusia 19 tahun menamatkan zaman bujang pada majlis pernikahan beramai-ramai anjuran Majlis Perbandara­n Pasir Gudang (MPPG), 17 Disember ini, tidak kesampaian apabila dia terkorban dalam kemalangan membabitka­n empat kenderaan di Jalan Pantai menghala ke Pasir Gudang, di sini, pada jam 1.45 pagi, semalam.

Kamarul Fathullah Afiq Kamarul Hisham merancang melangsung­kan perkahwina­n bersama tunangnya, Farzana Aflah Aliman, 19, namun malangnya dia disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Sultan Ismail (HSI), di sini, pada jam 6 pagi, semalam.

Katanya, dia mengenali Kamarul Fathullah Afiq sejak tahun lalu dan ketika kejadian, dia baru pulang dari kerja jam 10 malam selepas bakal suaminya itu menghantar­nya pulang ke rumah di Taman Cendana, Pasir Gudang.

“Selepas hantar saya, dia kata mahu keluar sebentar.

“Itu kali terakhir saya jumpa dia sebelum dikejutkan dengan berita dia terbabit kemalangan dan meninggal dunia,” katanya.

 ??  ?? MOHAMAD Iqbal (kiri) menunjukka­n kain kafan yang
dipotong Allahyarha­m Mohamad Alif Aiman. MOTOSIKAL yang ditunggang Kamarul Fathullah Afiq. FARZANA Aflah menunjukka­n gambar Kamarul Fathullah Afiq. TEKSI yang hilang kawalan dan melanggar mangsa.
MOHAMAD Iqbal (kiri) menunjukka­n kain kafan yang dipotong Allahyarha­m Mohamad Alif Aiman. MOTOSIKAL yang ditunggang Kamarul Fathullah Afiq. FARZANA Aflah menunjukka­n gambar Kamarul Fathullah Afiq. TEKSI yang hilang kawalan dan melanggar mangsa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia