Harian Metro

KENANGAN DOA TERAKHIR Bas laju rempuh empat kenderaan

-

“Bacaan doa oleh arwah selepas kami sekeluarga selesai membaca surah Yasin malam tadi (kelmarin) menjadi kenangan terakhir apabila dia sudah tiada kerana terbabit kemalangan,” kata Rosidi Md Saad, 45, bapa kepada Muhammad Arif, 16, yang maut, semalam.

Dalam kejadian jam 10.50 pagi itu, pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato Syed Ahmad, Kuala Nerang itu terbabit dalam kemalangan ketika dalam perjalanan pulang ke rumah selepas berjoging.

Difahamkan, motosikal ditunggang­i mangsa dipercayai terbabas selepas terlanggar lubang di Kilometer 10.6, Jalan Kuala Nerang-Bukit Tembaga dekat Kuala Nerang.

Rosidi berkata, anaknya itu tinggal di asrama sekolah dan hanya pulang ke rumah setiap minggu di mana mereka sekeluarga sering membaca Yasin bersama pada setiap malam Jumaat.

“Sebaik selesai membaca Yasin, anak saya akan mengetuai bacaan doa, malah selepas itu kami turut keluar bermain boling di pusat beli-belah Aman Central, Alor Setar.

“Arwah seorang yang aktif bersukan dan banyak mewakili sekolah dalam acara sukan, malah akan menghabisk­an masa cuti sekolah dengan berjoging untuk menjaga stamina,” katanya ketika ditemui di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini, semalam.

Menurutnya, anak kedua daripada empat beradik itu juga meminati sukan boling, malah dia turut menempah bola boling baru selepas bola sebelum ini pecah.

“Bagaimanap­un, saya terpaksa membatalka­n tempahan bola baru itu hari ini selepas arwah sudah tiada.

“Malah, kami juga sempat berbual mengenai perancanga­n masa depannya malam tadi di mana dia berminat menjadi guru seperti saya dan emaknya (Mazrina Mazlan) selain bercadang menyambung pelajaran di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM),” katanya yang mengajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Tandop Besar.

Katanya, arwah seorang anak yang baik dan suka menolong keluarga selain akademikny­a juga baik di mana peperiksaa­n, baru-baru ini mendapat keputusan cemerlang.

“Saya difahamkan sebaik terjatuh akibat kemalangan itu, orang ramai yang melalui kawasan itu sempat mengajarny­a mengucap dua kalimah syahadah.

“Arwah akan dikebumika­n di Tanah Perkuburan Bukit Tembaga malam ini (semalam) selepas selesai urusan bedah siasat,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Padang Terap Deputi Superinten­dan Noh Idris berkata, siasatan awal mendapati mangsa menunggang motosikal bersendiri­an dan hilang kawalan sebaik tiba di lokasi kejadian dipercayai terlanggar lubang sebelum terbabas.

Menurutnya, mangsa yang parah meninggal dunia di tempat kejadian dan mayat dihantar ke HSB untuk bedah siasat.

Pelajar tingkatan empat maut motosikal ditunggang

terbabas langgar lubang

“Saya pasti bas itu dipandu laju sehingga menyebabka­n empat kenderaan lain terbabit dalam kemalangan ini,” kata pemandu lori satu tan, Kang Poh Chuan, 53, yang juga mangsa kemalangan membabitka­n lima kenderaan di Jalan Pulau Gadong, semalam.

Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari, masing-masing sebuah Proton Saga FLX, Perodua Kenari, lori dipandu Kang dan Proton Saga dari arah Pulau Gadong menuju ke Cheng Height berhenti ketika lampu isyarat merah di simpang empat Pulau Gadong-Malim di Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ).

Menurut Kang, ketika menunggu lampu isyarat bertukar hijau, dia secara tiba-tiba terdengar bunyi dentuman kuat selepas bas antara bandar datang dari arah sama melanggar belakang Proton Saga FLX.

“Bas itu merempuh belakang Proton Saga FLX dan kereta lain sehinggala­h ke Proton Saga dipandu lelaki berusia 63 tahun yang berada di depan. Mujur ketika kejadian, bas tidak bawa penumpang dan hanya mengalami kerosakan pada bahagian depan.

“Tapi Proton Saga FLX itu remuk, lori saya dan Proton Saga juga mengalami kerosakan dan tidak boleh dipandu, namun pemandu Perodua Kenari meneruskan perjalanan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik negeri Superinten­dan Mohd Sham Abdullah berkata, sehingga jam 4.30 petang semalam, pemandu bas terbabit belum tampil membuat laporan.

 ??  ?? MUHAMMAD Arif ROSIDI mencium tangan Muhammad Arif yang maut selepas motosikal ditunggang­nya terbabas.
MUHAMMAD Arif ROSIDI mencium tangan Muhammad Arif yang maut selepas motosikal ditunggang­nya terbabas.
 ??  ?? KEADAAN kenderaan dirempuh bas di Jalan Pulau Gadong.
KEADAAN kenderaan dirempuh bas di Jalan Pulau Gadong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia