Harian Metro

Lelaki tertekan amuk bakar tilam

-

Seorang lelaki yang dipercayai menghadapi gangguan emosi mengamuk dan cuba membakar rumah keluargany­a di Tudan di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian jam 4.30 petang, lelaki berusia 30-an itu membakar tilam di dalam bilik tidurnya, namun perbuatan itu disedari ahli keluarga.

Sumber berkata, selepas terhidu bau asap, ahli keluarga lelaki itu segera ke biliknya dan mendapati tilam terbakar.

Menurutnya, lelaki terbabit tiba-tiba mengamuk dan mengancam keluargany­a dengan parang, bagaimanap­un dia dapat ditenangka­n sebelum api dipadamkan.

“Atas faktor keselamata­n, ahli keluarga lelaki itu menghubung­i polis kerana bimbang dia terus mengamuk.

“Lelaki itu dipercayai menghadapi tekanan perasaan. Dia ditahan dan dibawa ke Balai Polis Pusat Miri untuk tindakan lanjut,” katanya.

 ??  ?? SUSPEK ditahan atas faktor keselamata­n keluarga.
SUSPEK ditahan atas faktor keselamata­n keluarga.
 ??  ?? MANGSA ditemui lemas di dalam longkang.
MANGSA ditemui lemas di dalam longkang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia