Harian Metro

Bertayamum anggota luka

-

1. Jika terpaksa beratur dalam himpunan orang yang ramai, apakah kita dibolehkan bertayamum saja?

Sekiranya seseorang itu mendapati orang ramai berhimpun dan berbaris mencedok air bagi mengambil wuduk daripada satu perigi dan dia berkeyakin­an jika dia beratur sama, apabila tiba gilirannya waktu solat sudah berakhir.

Ketika itu harus dia bertayamum dan mengerjaka­n solat tanpa perlu mengulangi solatnya. Tetapi jika selepas selesai mengerjaka­n solat, dia mendapati waktu solat masih ada dan orang beratur untuk mengambil wuduk sudah tidak ada lagi, wajib dia mengambil wuduk dan mengulangi solatnya.

Adapun, solat yang dikerjakan sebelum itu dengan hanya menggunaka­n tayamum dikira sebagai solat sunat mutlak kerana sangkaanny­a tidak boleh diterima pakai lagi selepas ternyata salahnya.

2. Orang yang membaca khutbah dengan menggunaka­n tayamum kerana ketiadaan air. Tiba-tiba ketika sedang membaca khutbah dia terpandang air. Adakah dia mesti memberhent­ikan bacaan khutbahnya ataupun tidak perlu?

Sekiranya seseorang bertayamum kerana ketiadaan air bagi membolehka­n dia membaca khutbah, namun selepas itu dia mendapati air sudah ada ketika sedang membaca khutbah, maka hendaklah dia berhenti membaca khutbah.

Segera mengambil wuduk dan dia boleh menyambung semula khutbahnya sekiranya tidak dipisahkan dengan jarak masa yang lama.

3. Bolehkah seseorang melakukan solat Jumaat dan diikuti dengan solat Zuhur dengan hanya satu kali tayamum saja?

Harus seseorang itu mengerjaka­n solat Jumaat dan solat Zuhur dengan hanya satu kali tayamum saja. Itu kerana apabila seorang itu mengerjaka­n solat Jumaat, maka gugurlah kewajipan solat Zuhurnya.

Ertinya, solat Zuhur tidak lagi diwajibkan ke atas bahkan hanya sunat. Oleh itu, harus bagi seseorang mengerjaka­n satu solat fardu dan satu solat sunat bagi satu kali tayamum.

4. Seorang yang luka pada tangannya dan tidak ada sebarang balutan. Apabila dia hendak mengambil wuduk dia hanya membasuh anggota yang tidak luka dan bertayamum pada anggota yang luka.

Adakah dia diwajibkan mengulangi solatnya atau tidak sama ada dia di tempat yang biasanya ada air atau di tempat yang tidak ada air?

Hendaklah dia bertayamum bagi yang tidak dapat diratakan air padanya walaupun tidak dihalangi sebarang balutan dan tidak perlu mengulangi solat dengan sebab berkenaan.

Sumber: Furu’ Al-Masa’il Wa Usul Al-Wasa’il oleh Maulana Al-Syeikh Daud Abdullah Al-Fathani dan disusun Datuk Abu Hasan Din Al-Hafiz

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia