Harian Metro

KAMI TAK DAPAT APA!

Empat sekeluarga tidur beralas bantal dan tilam terpakai selepas tidak terima bantuan banjir

- Muhammad Shalaby Shahbuddin am@hmetro.com.my

Bukit Mertajam

“Kami empat sekeluarga hanya tidur beralas bantal dan tilam terpakai,” kata seorang mangsa yang tidak menerima bantuan tilam dan bantal di Taman Pinang, Juru, semalam.

Asiah Che Li, 55, berkata, banjir yang melanda keseluruha­n taman perumahan itu kejadian paling teruk apabila air mencecah paras dada hingga mengakibat­kan kerosakan banyak harta benda.

Menurutnya, pendapatan­nya menjual kuih di dua kedai makan berhampira­n turut terjejas apabila semua barangan mentah musnah.

“Saya dan anak pernah ke dewan orang ramai berdekatan untuk mendapatka­n bantuan barangan keperluan asas terutama tilam atau bantal berikutan semuanya rosak dan tidak dapat digunakan tetapi hampa apabila hanya menerima tilam dan bantal terpakai.

“Walaupun berbau, kami terpaksa gunakannya sementara menunggu hasil menjual kuih untuk membeli tilam dan bantal baru,” katanya.

Seorang lagi mangsa, Sabariah Mat Esa, 51, berkata, sejak 22 tahun menetap di kawasan itu, banjir kali ini tidak akan dilupakan apabila rumahnya ditenggela­mi air berwarna kehitaman.

Menurutnya, banjir yang

Saya dan anak pernah ke dewan orang ramai mendapatka­n bantuan barangan keperluan asas terutama tilam atau bantal berikutan semuanya rosak” Asiah

berlaku sebelum ini pada 2003 agak terkawal berikutan air tidak melimpah masuk ke dalam rumah tetapi kali ini, cukup teruk dan dia masih belum selesai melakukan pembersiha­n rumah.

“Peti ais dan mesin basuh semua terapung ketika rumah dimasuki air dan rosak. Hanya dokumen penting berjaya diselamatk­an selain terpaksa menumpang di rumah saudara selepas pusat pemindahan sementara sudah sesak dipenuhi orang ramai,” katanya.

Katanya, dia bersyukur menerima bantal, tikar getah serta barangan keperluan makanan asas daripada beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang prihatin dengan mangsa banjir yang melanda taman perumahan berkenaan.

 ??  ?? MEKANIK membaiki kenderaan milik mangsa banjir yang rosak. SABARIAH membersihk­an pinggan mangkuk selepas rumahnya dimasuki air banjir di Taman Pinang, Juru.
MEKANIK membaiki kenderaan milik mangsa banjir yang rosak. SABARIAH membersihk­an pinggan mangkuk selepas rumahnya dimasuki air banjir di Taman Pinang, Juru.
 ??  ?? MOHD Kamal Harun bersama anak-anaknya mencari pakaian harian yang masih boleh digunakan.
MOHD Kamal Harun bersama anak-anaknya mencari pakaian harian yang masih boleh digunakan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia