Harian Metro

Dijel serang wanita

-

Bagaikan tidak serik, tindakan seorang penganggur mencederak­an dan melakukan serangan jenayah ke atas seorang wanita yang video kejadian itu tular di laman sosial menerima padah apabila dia dihukum penjara 12 bulan dan denda RM1,500 oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam.

Majistret Rahni Kartini Abd Rahim menjatuhka­n hukuman itu terhadap Marmi Zabrin Mian, 33, selepas tertuduh mengaku salah sebaik saja pertuduhan dibacakan kepadanya.

Bagi pertuduhan pertama, mahkamah menjatuhka­n hukuman penjara 12 bulan dan denda RM1,500 ke atas tertuduh, sekiranya gagal bayar dia berdepan hukuman penjara tiga bulan.

Bagi pertuduhan kedua pula, tertuduh dipenjara tiga bulan bagaimanap­un, mahkamah memerintah­kan kedua-dua hukuman berjalan serentak dari tarikh tangkapan, 8 November lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia