Harian Metro

Perintah dua pemandu bela diri

-

Mahkamah Majistret, di sini, semalam memerintah­kan dua pemandu yang didakwa terbabit dalam kemalangan maut di Lebuhraya Duta-Ulu Klang (DUKE) menyebabka­n kematian tiga beranak, dua tahun lalu untuk membela diri.

Majistret Zilfinaz Abbas memutuskan demikian terhadap dua pemandu Myvi itu, Siti Noor Aini Mohd Said, 38, dan Mohammad Fizal Reza Jamauddin, 33, selepas mendapati pihak pendakwaan membuktika­n kes prima facie di akhir kes pendakwaan.

Terdahulu, Zilfinas dalam keputusann­ya berkata, mahkamah mendapati keterangan saksi kesembilan pendakwaan iaitu orang awam mempunyai kredibilit­i, sekali gus boleh dipercayai.

Mengikut pertuduhan, Siti Noor Aini dan Mohammad Fizal Reza didakwa memandu secara berbahaya kepada orang awam hingga menyebabka­n kematian Fairuz Nizam Husain, 35, dan isterinya, Nova Safitri Azhari, 27, serta bayi mereka , Nur Firuza Annisa, 6 bulan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia