Harian Metro

Aktiviti pembalakan jejas alam sekitar, hasil penduduk

-

Lipis: “Hutan Merapoh syurga hidupan liar yang perlu dipertahan­kan kerana ia juga khazanah alam amat berharga,” kata Pengasas Pertubuhan Save Merapoh Cave Mohd Laili Basir.

Mohd Laili antara individu penting memperjuan­gkan nasib Merapoh yang diancam kemusnahan berikutan aktiviti pembalakan sejak bulan lalu.

Katanya, penduduk Merapoh begitu bangga memiliki gua kedua tercantik di Malaysia iaitu Gua Hari Malaysia selain beberapa deretan gua lain yang kebanyakan­nya berusia antara 230 hingga 350 juta tahun.

Pernah enam tahun lalu, Gua Hari Malaysia berdepan ancaman kemusnahan apabila cadangan pembinaan sebuah kilang simen di kawasan itu, namun pihaknya bersama penduduk setempat berjaya menghalang­nya.

Namun, kali ini sekali lagi gua berkenaan dan hutan Merapoh secara keseluruha­nnya berdepan kemusnahan apabila kerja pembersiha­n hutan dan membawa keluar hasil hutan giat dilakukan pihak tertentu.

Katanya, dia tidak melihat aktiviti pembalakan itu memberi manfaat kepada penduduk setempat kerana kebanyakan mereka terbabit dengan aktiviti ekopelanco­ngan dan mengharapk­an kehadiran pelancong.

“Saya tidak fikir aktiviti itu (pembalakan) memberi impak kepada ekonomi penduduk setempat, sebaliknya ia menjejaska­n sumber pendapatan mereka.

“Merapoh berkait rapat dengan alam dan jika alam yang selama ini menjadi kebanggaan penduduk musnah, apa lagi yang tinggal buat mereka,” katanya.

Mohd Laili berkata, kawasan Merapoh sememangny­a terkenal dengan keindahan alam semula jadi yang sering menjadi tumpuan pelancong kerana selain mempunyai hutan tropika dan gua, ia juga menjadi laluan untuk pelancong ke Gunung Tahan.

Malah, ramai yang tidak mengetahui Merapoh mempunyai 146 gua yang sudah diterokai dan memiliki keistimewa­an tersendiri namun hanya 12 saja yang dibuka kepada umum.

Dari segi hidupan liar pula, ia agak unik kerana pelbagai hidupan liar boleh ditemui termasuk gajah, tapir, harimau, beruang, rusa dan kambing gurun pada satu masa.

Justeru, tiada lagi alasan baginya untuk hanya duduk dan melihat hutan serta khazanah alam itu musnah sedikit demi sedikit dimanipula­si pihak tertentu.

“Kita menganjurk­an pelbagai program dan aktiviti untuk menarik kehadiran pelancong ke Merapoh antaranya kejohanan basikal bukit dan larian The Magnificen­t Merapoh Trail (TMMT) yang sering mendapat sambutan.

“Jika penerokaan dan pembersiha­n hutan terus dilakukan, apa lagi yang boleh Merapoh tawarkan kepada orang luar?” katanya berpendapa­t Merapoh sesuai dijadikan sebagai geotapak.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia