Harian Metro

TUBUH PUSAT MRI

- Norhadiani Baharom am@hmetro.com.my

Langkah UM capai matlamat kelompok 100 universiti terbaik dunia

Penubuhan Pusat Penyelidik­an Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) boleh membantu usaha Universiti Malaya (UM) ke arah mencapai matlamat berada dalam kelompok 100 universiti terbaik dunia pada masa depan.

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Dr Mary Yap Kain Ching berkata, UM sememangny­a sebuah pusat ilmuan yang sedari dulu sering melakukan pelbagai kajian baru terutama penyelidik­an dan perubatan yang memberi manfaat kepada komuniti.

“Penubuhan Pusat Penyelidik­an MRI oleh UM ini adalah satu usaha yang wajar dipuji. Malah, dengan pelbagai inisiatif seumpamany­a yang sedang dijalankan atau bakal dilakukan, saya yakin usaha memperbaik­i kedudukan UM sekarang di tangga ke-114 kepada 100 universiti terbaik dunia, bukanlah sesuatu yang mustahil,” katanya selepas merasmikan pusat penyelidik­an itu di Fakulti Perubatan UM, di sini, semalam.

Turut hadir Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabang­sa) UM Prof Datuk Dr Awang Bulgiba Awang Mahmud dan Dekan Fakulti Perubatan UM Prof Datuk Dr Adeeba Kamarulzam­an.

Jelasnya, penubuhan pusat itu yang pertama seumpamany­a di negara ini membolehka­n penyelidik melakukan kajian secara maksimum dan komprehens­if.

Beliau berkata, ini selaras dengan rangka tindak pendidikan tinggi dalam melahirkan pelajar berkualiti dan seimbang secara holistik dengan ciri-ciri keusahawan­an.

“Sebagai hospital akademik, kemudahan ini amat penting untuk membolehka­n kita berdiri setanding dengan negara luar dan apa yang dilakukan UM bukan saja baik untuk pengajian mahasiswa perubatan dan jururadiog­rafi, tetapi juga kepada pakar dalam bidang radiologi yang akan datang termasuk pakar dari Kementeria­n Kesihatan yang turut mendapat latihan di sini,” katanya. Pelantikan seorang perwakilan berstatus duta ke Rakhine antara cadangan Pusat Penyelidik­an dan Advokasi Hak Asasi Manusia (CENTHRA) menjelang Sidang Kemuncak ASEAN di Filipina minggu depan.

Ketua Eksekutif CENTHRA, Azril Mohd Amin berkata, duta yang dilantik perlu diberi mandat untuk berunding berkenaan pembukaan akses kemanusiaa­n segera dan membantu mencari penyelesai­an jangka panjang.

“Myanmar perlu dibantu untuk kembali ke landasan dengan keadaan yang tidak terkawal. Sidang Kemuncak ASEAN peluang terbaik mencari penyelesai­an membabitka­n hak asasi manusia penduduk Rohingya,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? MESIN terbaru MRI milik Pusat Penyelidik­an MRI UM adalah yang pertama seumpamany­a di Malaysia.
MESIN terbaru MRI milik Pusat Penyelidik­an MRI UM adalah yang pertama seumpamany­a di Malaysia.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia