Harian Metro

TAK PUTUS CARI ILMU

-

UniSZA, JAWI beri peluang guru SRA JAWI miliki ijazah pertama

“Untuk belajar tidak perlu berasa malu, yang penting kita tingkatkan usaha ke arah kejayaan,” katanya yang juga antara pelajar pengambila­n pertama kursus ini.

Bersetuju dengan rakan sekelasnya, Tengku Mohd Khaidir Tengku Zahari, 26, menganggap tugas sebagai pendidik tidak pernah terhenti walaupun mereka masih menimba ilmu.

“Sejak dulu lagi saya menunggu peluang untuk meneruskan pengajian ke jurusan lebih tinggi malah galakan keluarga membuatkan saya lebih bersemanga­t untuk mengikuti pengajian ini.

“Ilmu yang ditimba hari ini memberi laluan untuk saya melonjak ke satu aras dan ia perlu disusuli dengan perancanga­n yang efektif,” kata guru dari SRA Al Muttaqim, Taman Wangsa Melawati.

Naib Canselor UniSZA Prof Datuk Dr Ahmad Zubaidi A Latif berkata, perjanjian persefaham­an (MoU) yang termeterai antara UniSZA dengan JAWI pada 14 Jun 2016, memberi peluang kepada guru SRA JAWI untuk memiliki ijazah pertama.

“Pengajian ditawarkan secara separuh masa agar tidak mengganggu masa mereka yang turut bertanggun­gjawab mendidik pelajar di SRA masing-masing.

“Mereka akan menjalani kelas di Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCeD), Pantai Dalam, memandangk­an semua guru bertugas di Lembah Klang selain mengikuti pengajian secara dalam talian,” katanya.

 ??  ?? DR Ahmad Zubaidi (depan, tengah) dan guru selepas melancarka­n Majlis NLP Kecemerlan­gan Guru dan Majlis Perasmian Kemasukan Pelajar Baru ISMP (Pendidikan Islam) Dengan Kepujian Kerjasama UniSZA dan JAWI.
DR Ahmad Zubaidi (depan, tengah) dan guru selepas melancarka­n Majlis NLP Kecemerlan­gan Guru dan Majlis Perasmian Kemasukan Pelajar Baru ISMP (Pendidikan Islam) Dengan Kepujian Kerjasama UniSZA dan JAWI.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia