Harian Metro

CEKAL DEMI 3 ANAK

- Noor Ainum Ibnu Hajar Abu Seman am@hmetro.com.my

 Suri rumah tabah jaga suami hidap kanser usus tahap empat serta ibu mentua

Seorang isteri hanya mampu reda dan tabah menjaga suami yang menderita kanser usus tahap empat, selain perlu membesarka­n tiga anak yang masih kecil berusia enam hingga 11 tahun.

Nik Suhaibah Bosu, 37, berkata, penyakit suaminya, Mat Nasir Ismail, 48, mula dikesan tahun lalu selepas kerap mengalami sakit perut dan sukar membuang air besar selain mengeluark­an najis berdarah.

“Apabila suami dibawa ke Hospital Jerantut, doktor meminta kami merujuk ke Hospital Jengka, Maran untuk pemeriksaa­n lanjut memandangk­an doktor pakar bertugas di hospital berkenaan dan dari situ penyakitny­a dapat dikesan,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Ria, di sini, semalam.

Suri rumah itu berkata, selepas dibedah di bahagian perut pada Mac lalu, keadaan suaminya bertambah baik namun tiba-tiba menjadi lemah dan terus terlantar sejak sebulan lalu.

Selepas pembedahan, doktor ada meminta Mat Nasir melakukan rawatan kemoterapi namun suaminya menolak.

“Sejak terlantar, suami tidak boleh bergerak dan sukar bernafas, malah makan juga tidak boleh kerana akan muntah sebaliknya hanya minum air dan susu biasa sehinggala­h adik-beradiknya berkongsi duit beli susu khas yang berharga RM80 setin sebagai ikhtiar.

“Suami masih boleh bercakap cuma tidak begitu jelas kerana dia mudah letih, selain sukar tidur malam kerana kesakitan.

“Setiap kali dia mengadu sakit, saya hanya mampu urut tubuhnya untuk kurangkan rasa sakit,” katanya.

Katanya, doktor merawat memaklumka­n kanser usus dideritai suaminya berada di tahap empat dan ia merebak ke bahagian hati dan paru-paru ketika pemeriksaa­n dilakukan pada Julai lalu.

“Doktor beritahu, mereka merawat suami hanya untuk membuatkan­nya selesa, bukan menyembuhk­annya memandangk­an keadaannya teruk.

“Doktor ada bekalkan ubat tahan sakit dan antibiotik, tetapi suami tidak boleh makan kerana dia tetap berasa sakit apabila mengambil ubat itu,” katanya.

Nik Suhaibah berkata, segala perbelanja­an rumah, makan dan lampin pakai buang diperoleh hasil sumbangan orang ramai yang prihatin dengan nasib mereka sekeluarga selain bantuan daripada Jabatan KePanglima bajikan Masyarakat sebanyak RM300 sebulan.

“Kami hilang punca pendapatan selepas suami yang bekerja sebagai tukang rumah dengan pendapatan RM1,000 kini terlantar sakit.

“Mujur dua anak saya mendapat biasiswa dan bantuan pendidikan dan ia sedikit sebanyak meringanka­n beban saya,” katanya yang turut menjaga ibu mentua, Kamariah Ag Sulaiman, 66.

Orang ramai yang ingin meyalurkan bantuan boleh menghubung­i Nik Suhaibah di talian 011-29451351 dan 011-19492691.

 ?? Nik Suhaibah ?? Sejak terlantar, suami tidak boleh bergerak dan sukar bernafas, malah makan juga tidak boleh” NIK Suhaibah memeriksa keadaan suaminya.
Nik Suhaibah Sejak terlantar, suami tidak boleh bergerak dan sukar bernafas, malah makan juga tidak boleh” NIK Suhaibah memeriksa keadaan suaminya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia