Harian Metro

624 terima pingat kebesaran

-

Medan Barat Tentera Darat Leftenan Jeneral Datuk Azizan Md Delin mengetuai senarai

624 penerima darjah kebesaran, pingat, bintang dan jaksa pendamai sempena Hari Keputeraan Ke-48 Sultan Kelantan Sultan Muhammad V di Istana Balai Besar, di sini, hari ini.

Azizan menjadi penerima tunggal Darjah Kebesaran Kesateria Mahkota Kelantan Yang Amat Perkasa (SPKK) yang membawa gelaran Datuk.

Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (SPSK) membawa gelaran Datuk dikurniaka­n kepada tiga penerima diketuai Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Zawawi Salleh, Ketua Setiausaha Kementeria­n Pendidikan Malaysia Datuk Seri Alias Ahmad dan Pegawai Kewangan Negeri Datuk Nik Kazim Nik Yusoof.

Dua penerima bagi Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (DPMK) yang membawa gelaran Datuk iaitu Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Datin Paduka Dr Aini Ideris dan Ketua Pengarah Bahagian Penyelidik­an Kompleks Jabatan Perdana Menteri Datuk Hasanah Ab Hamid.

Enam penerima Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (DJMK) membawa gelaran Datuk termasuk Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah Datuk Ahmad Jazlan Yaakub, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gual Periuk Mohamad Awang dan Ahli Jemaah Ulama Majlis

Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) Wan Hassan Wan Muhammad.

Selain itu, penerima pingat antaranya, wartawan sambilan Harian Metro Kelantan, Rosliza Mohamed yang menerima Pingat Setia Mahkota Kelantan (PS).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia