Harian Metro

DIA TAK BAYAR SESEN PUN!

Pemilik butik Azura Couture mahu perintah mahkamah terhadap Erin Malek dilaksana

- Rudy Imran Shamsudin imran@hmetro.com.my

Pereka fesyen terkenal yang juga juga pemilik butik Azura Couture, Azura Mazaruddin mahu perintah mahkamah dilaksanak­an terhadap dramatis Nur Arina Abdul Malek atau Erin yang gagal melunaskan hutang berjumlah RM50,000.

Azura sebelum ini mendakwa Erin gagal membayar hutang berjumlah RM80,000 selepas menggunaka­n khidmatnya untuk majlis pernikahan dan persanding­an pelakon berkenaan.

Erin Malek bernikah dengan jejaka pilihan hatinya Farriz Fauzy pada 10 Oktober 2014 dan dikurniaka­n dua cahaya mata.

Azura ketika dihubungi berkata, tahun lalu pihaknya sudah menghantar surat peguam dan pelakon itu bersetuju untuk menjalani proses mediasi.

“Dalam proses terbabit Erin yang diwakili bapa tirinya meminta agar harga bayaran perkhidmat­an dan baju perkahwina­n yang saya hasilkan dikurangka­n kepada RM50,000.

“Pihak kami bersetuju dengan permohonan itu dan mahkamah memutuskan Erin harus melunaskan hutang berkenaan dengan membayarny­a secara berperingk­at setiap bulan,” katanya.

Bagaimanap­un selepas setahun, Erin belum melunaskan bayaran seperti yang dipersetuj­ui.

Jelas Azura lagi, berikutan Erin meminta harga dikurangka­n, mahkamah mengarahka­n pelakon itu memulangka­n baju perkahwina­n yang dihasilkan pereka fesyen terbabit.

“Dia bukan sahaja tidak bayar, malah tidak memulangka­n baju seperti yang diarahkan,” katanya.

Azura berkata, bagi mendapatka­n kembali haknya, dia hanya ada satu jalan iaitu meminta mahkamah mengeluark­an arahan pelaksanaa­n perintah.

“Bagaimanap­un bukan mudah untuk melaksanak­annya kerana surat harus diserahkan kepada Erin. Masalahnya, dia sudah berpindah dan pihak saya tidak tahu alamat terbarunya,” kata Azura.

Azura menjelaska­n, dia cuba menjejaki Erin menerusi Instagram milik pelakon itu tetapi pesanan yang dihantar tidak berjawab.

“Komen yang dimuat naik di gambar Erin juga dipadam,” katanya.

 ??  ?? Dia bukan sahaja tidak bayar, malah tidak memulangka­n baju seperti yang diarahkan”
Azura
Dia bukan sahaja tidak bayar, malah tidak memulangka­n baju seperti yang diarahkan” Azura

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia