Harian Metro

Usul perlu dibahas di DUN Selangor

-

Usul memperkasa­kan institusi Mahkamah Syariah di negeri ini tidak sepatutnya dibangkitk­an dalam peringkat jawatankua­sa namun turut perlu dibahaskan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

Datuk Sulaiman Abdul Razak (BN- Permatang) berkata, usul dibawa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) itu dianggap isu besar yang memerlukan tempoh agak panjang untuk dibahaskan sebelum ia diputuskan sama ada diterima atau sebaliknya.

“Ia dibangkitk­an dalam peringkat jawatankua­sa sidang DUN kerana hanya akan diberikan masa sehingga 10 minit, sedangkan ia sekurangku­rangnya memerlukan dua jam.

“Pelbagai perkara mahu dibangkitk­an dan mendapat pandangan ADUN lain antaranya berkaitan kebajikan kakitangan mahkamah syariah termasuk kes wasiat, nafkah, hak penjagaan dan wakaf di negeri ini,” katanya pada sidang media di lobi DUN di sini, semalam.

Ia antara enam usul yang ditolak pada sidang DUN kali ini termasuk usul tergempar berkaitan tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad menghina keturunan Bugis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia