Harian Metro

D’Sara Sentral dijangka dijual sepenuhnya tahun depan

-

Projek pembanguna­n bercampur Mah Sing Group Berhad (Mah Sing), D’Sara Sentral mencatatka­n kadar pengambila­n 80 peratus dan dijangka dijual sepenuhnya menjelang tahun depan.

Pengarah Urusan Kumpulan, Tan Sri Leong Hoy Kum berkata, D’Sara Sentral adalah projek ketiga Mah Sing di kawasan Sungai Buloh dan berhampira­n stesen MRT.

Katanya, D’Sara Sentral terdiri daripada Menara Pejabat Kecil Pejabat Maya (SoVo) dan Menara Kediaman SA1 dan SA2 yang pada masa ini sudah siap 99 peratus.

“D’Sara Sentral dibina di atas tanah berkeluasa­n 2.63 hektar dengan nilai pembanguna­n kasar (GDV) RM937 juta dan bagi Menara SoVO, SA1 dan SA2 dijangka siap pada suku pertama 2018.

“Bagi Menara Kediaman D’Sara Sentral SB1 dan SoVo buat masa ini sudah siap lebih kurang 55 peratus dan ia dijangka siap seperti yang dijadualka­n menjelang suku pertama 2019,” katanya kepada media di majlis ‘Topping Up’ D’Sara Sentral di sini, semalam.

D’Sara Sentral dibangunka­n dengan keseluruha­n lima menara 32 tingkat membabitka­n unit kediaman, runcit dan SoVo.

Terletak di laluan mudah akses di lebih 10 jalan utama, D’Sara Sentral turut menjadi pilihan kerana mempunyai laluan langsung dari D’Sara Sentral ke stesen MRT.

D’Sara Sentral dijangka menjadi lokasi tumpuan di sekitar Sungai Buloh kerana terdapat bangunan runcit empat tingkat.

 ??  ?? LEONG (tengah) pada majlis Topping Up D’Sara Sentral, Sungai Buloh, semalam.
LEONG (tengah) pada majlis Topping Up D’Sara Sentral, Sungai Buloh, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia