Harian Metro

Catat jualan RM2.82 bilion

-

SP Setia Berhad (SP Setia) mencatatka­n jualan RM2.82 bilion bagi tempoh sembilan bulan pertama tahun ini disumbangk­an daripada projek hartanah tempatan dan luar negara.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif SP Setia Datuk Khor Chap Jen berkata, projek hartanah tempatan menyumbang 59 peratus atau RM1.66 bilion daripada jualan keseluruha­n manakala RM1.16 bilion projek antarabang­sa.

Beliau berkata, perolehan dan

keuntungan sebelum cukai (PBT) bagi tahun kewangan berakhir 30 September lalu, masing-masing RM2.58 bilion dan RM667.7 juta.

“Jualan kebanyakan­nya dari wilayah tengah sebanyak RM1.17 bilion manakala wilayah selatan dan utara bernilai RM495.6 juta.

“Bagi projek antarabang­sa seperti

Sapphire By The Gardens

di Melbourne, Australia menunjukka­n prestasi jualan memberangs­angkan dengan kadar pengambila­n 83 peratus iaitu RM871.7 juta, kurang dari empat bulan selepas dilancarka­n,” katanya.

Bagi projek Stesen Janakuasa

Battersea di United Kingdom menyumbang pegangan efektif bernilai RM149.2 juta manakala projek di Singapura dan Vietnam mencatatka­n jualan RM89.4 juta.

 ??  ?? KHOR
KHOR

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia