Harian Metro

Taiwan Excellence Pavillion pamer 5,000 produk

-

Putrajaya: Lebih 5,000 produk teknologi dan bermutu tinggi keluaran Taiwan dipamerkan menerusi Taiwan

Excellence Pavilion di pusat beli-belah IOI City Putrajaya bermula semalam hingga esok.

Pameran dianjurkan Majlis Pembanguna­n Perdaganga­n Luar Taiwan (TAITRA) itu menampilka­n peralatan sukan, kelengkapa­n rumah dan barangan teknologi, komunikasi dan maklumat (ICT).

Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif TAITRA Walter Yeh berkata, penganjura­n pameran kali kedua itu untuk memperluas­kan lagi interaksin­ya dengan pengguna di Malaysia.

“Malaysia adalah rakan kongsi yang penting kerana ia rakan dagangan terbesar bagi Taiwan malah, kira-kira 16,000 pelajar Malaysia melanjutka­n pelajaran mereka di sana.

“Pameran ini bertujuan menjalin hubungan dua hala antara Taiwan dan Malaysia menerusi kerjasama dalam pelbagai sektor,” katanya pada Majlis Pelancaran Taiwan Excellence Pavilion di sini, semalam.

Hadir sama Wakil Ekonomi dan Budaya Taipei di Malaysia (TECO) James Chi-Ping Chang dan Presiden Persatuan Pelabur Taipei di Malaysia Dave Lin.

Yeh berkata, Taiwan Excellence memainkan peranan penting sebagai penghubung kepada pasaran antara dua negara dan membekalka­n produk yang mencermink­an budaya teknologi tinggi serta canggih.

“Kami menyambut baik rakan niaga Malaysia yang ingin memasuki pasaran Taiwan dan bekerjasam­a memperluas­kan produk mereka,” katanya.

Menurutnya, barangan dipamerkan kali ini adalah yang terbaik dari Taiwan kerana ia melalui proses pemilihan ketat daripada segi inovasi dan kualiti.

 ??  ?? PAMERAN Taiwan Excellence Pavillion di IOI City Putrajaya.
PAMERAN Taiwan Excellence Pavillion di IOI City Putrajaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia