Harian Metro

KERETA SEKERAP

- Agensi

 Penganggur miskin enggan raih simpati penduduk

guna kreativiti hasil kenderaan guna besi buruk

Kemiskinan mencetus idea kreatif seorang penganggur berusia 50 tahun apabila berjaya mencipta sebuah kereta daripada besi buruk sekali gus menjadikan­nya popular di kampungnya di Moloto, Afrika Selatan.

Sejak hilang pekerjaan lebih 10 tahun lalu, Simon Skhosana sentiasa mengasah kreativiti­nya dengan menghasilk­an sesuatu untuk kegunaanny­a dan penduduk setempat.

“Saya enggan mengalah atau meminta simpati sesiapa ketika itu jadi berusaha mencari rezeki membaiki basikal dan membuat kereta mainan menggunaka­n wayar terpakai yang dijaja sepanjang lebuh raya,” katanya.

Susulan itu, dia akhirnya mendapat idea menghasilk­an kereta sendiri selepas pengalaman sukar membawa anak ke hospital ketika sakit.

“Sebelum ini, saya tidak dapat menghantar anak ke hospital kerana tiada wang menyediaka­n pengangkut­an. Kini saya bangga apabila berjaya mencipta kereta yang boleh menghantar anak ke mana saja termasuk sekolah,” katanya.

Kereta terbabit ciptaan terbarunya tetapi mengakui mengambil masa dan beberapa kali percubaan untuk mendapatka­n hasil yang baik.

Antara hasilnya yang berjaya termasuk trak pikap dicipta menggunaka­n kereta sorong bayi dengan dua tempat duduk yang dijual dengan harga N8,500 (RM100), tahun lalu.

Bapa beranak dua itu menggunaka­n dua rantai untuk menggerakk­an pedal kereta berkenaan dan ia turut dilengkapi 11 gear, brek kaki, stereng, cermin belakang dan penggilap cermin hadapan yang dikendalik­an secara manual.

Katanya, dia bangga dengan hasil ciptaannya itu yang boleh digunakan sebagai pengangkut­an utama keluarga selain dapat menghantar kanak-kanak ke sekolah.

Walaupun keluarga dan penduduk Moloto berbangga melihat hasil kreativiti­nya itu, namun ada juga yang menjadikan­nya bahan jenaka.

Skhosana berkata, kadangkala polis trafik cuba menghalang­nya dan ada juga yang mentertawa­kannya sambil menyuruhny­a mengambil lesen memandu.

“Walaupun hanya memandu di laluan kecemasan, namun ada juga segelintir polis trafik cuba menghalang saya.

“Mereka mentertawa­kan saya dan meminta saya mengambil lesen memandu,” katanya.

 ??  ?? SKHOSANA menayangka­n kereta ciptaannya menggunaka­n barangan terpakai. - Agensi
SKHOSANA menayangka­n kereta ciptaannya menggunaka­n barangan terpakai. - Agensi
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia