Harian Metro

Magnet penyelamat perut

-

Chengdu (China): Seorang doktor di barat daya China menggunaka­n kaedah kreatif untuk mengeluark­an dua magnet kecil dalam perut seorang budak lelaki berusia 13 tahun, 10 hari selepas remaja itu tertelan objek terbabit.

Kanak-kanak itu yang hanya dikenali sebagai Qiangqiang, berisiko mengalami pendarahan dalaman yang teruk sekiranya doktor menggunaka­n prosedur pembedahan standard untuk mengeluark­an magnet berkenaan yang masuk ke dalam tisu perutnya serta menyebabka­n beberapa ulser terbentuk.

Pengarah pusat endoskopi gastrointe­stinal di Hospital Barat China di Chengdu, So Hu Bing kemudian memutuskan untuk menggunaka­n magnet lebih kuat yang kebetulan dibelinya dalam talian bagi tujuan penyelidik­an beberapa hari sebelumnya.

Hu Bing dan pasukannya cuba mengeluark­an magnet bersaiz butang itu menggunaka­n endoskopi yang biasa digunakan untuk melakukan pemeriksaa­n dalaman, namun ia dilitupi tisu di bahagian bawah perut pesakit itu.

Bagaimanap­un, dengan memasang magnet lebih kuat pada endoskopi berkenaan, mereka dapat mengatasi masalah berkenaan.

Qiangqiang bermain dengan dua magnet itu pada 28 Oktober lalu apabila dia secara tidak sengaja menelannya.

Hospital tempatan tempat dia mendapatka­n rawatan di wilayah Guizhou mencadangk­an supaya pembedahan dada dibuat bagi mengeluark­an magnet terbabit.

Namun, ibu bapa kanak-kanak itu berpendapa­t ia terlalu berisiko dan menghantar anaknya ke Hospital West China.

Menurut Hu Bing, tanpa magnet itu doktor terpaksa membuat lubang pada perut kanak-kanak terbabit.

“Sekalipun membedahny­a, kami pasti sukar menemui magnet yang terlalu kecil itu tanpa merosakkan tisu badannya,” katanya. - Agensi

 ??  ?? DOKTOR melihat imbasan perut Qiangqiang.
DOKTOR melihat imbasan perut Qiangqiang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia