Harian Metro

Gesa siasat Rohingya mati

-

Sebuah rangkaian hak asasi manusia semalam menggesa kerajaan Thailand melancarka­n siasatan berhubung kematian seorang gadis Rohingya berusia 16 tahun ketika dalam tahanan pihak berkuasa di Songkhla, minggu lalu.

Fortify Rights, agensi hak asasi manusia bukan berasaskan keuntungan yang berpangkal­an di Asia Tenggara semalam mengeluark­an kenyataan menggesa siasatan terhadap kematian mangsa di sebuah hospital di Hat Yai pada 2 November lalu.

Menurut kenyataan itu, remaja terbabit dibawa ke hospital pada 27 Oktober lalu kerana mengalami pendarahan telinga serta hidung sebelum pengsan ketika ditahan di Pusat Penahanan Imigresen Sadao.

Fortify Rights mendakwa ia menerima maklumat bahawa remaja berkenaan maut akibat pendarahan dalam otaknya serta gangguan pembekuan darah yang menyebabka­n lebam serta pendarahan.

Menurut Fortify Rights, kejadian itu menunjukka­n keadaan teruk dalam pusat tahanan serta layanan buruk terhadap pelarian Rohingya.

“Kematian ini satu tragedi yang sepatutnya memaksa pihak berkuasa mengambil tindakan segera bagi mengakhiri penahanan pencari suaka serta pelarian tanpa had tempoh.

“Sebagai pelarian, remaja itu sepatutnya mendapat perlindung­an dan penjagaan sebaik-baiknya, sebaliknya dia menemui ajal,” katanya.

Remaja itu dilaporkan ditahan sejak tiga tahun lalu selepas menjadi mangsa sindiket pemerdagan­gan manusia dari Myanmar pada 2014. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia