Harian Metro

ANAK IKAN KEJAM

- Daily Mail

Seorang lelaki didakwa membelasah hingga mati sebelum memasak dan memakan teman wanitanya yang lebih tua, malah turut dipercayai minum darah mangsa.

Dmitry Luchin, 21, didakwa memukul mati kekasihnya yang dikenali sebagai Olga B, 45, pada 8 Mac lalu, dengan memukul kepala mangsa menggunaka­n botol wain sekurang-kurangnya 25 kali sebelum menikamnya di dada empat kali.

Dia kemudian mengerat telinga mangsa yang dimakannya dan kini berdepan tuduhan bunuh serta merosakkan mayat yang membawa hukuman penjara seumur hidup.

Menurut polis, Luchin mengakui perbuatann­ya tetapi mahkamah belum merekodkan pengakuann­ya sebaliknya perbicaraa­nnya akan berlangsun­g tahun depan.

Penyiasat mendedahka­n transkrip soal siasat Luchin yang antara lain mengandung­i pengakuann­ya suka rasa otak mangsa, malah minum darah mangsa sebagai pencuci mulut.

Seorang saksi polis yang hadir pada sesi lakonan semula di tempat kejadian bersama Luchin berkata, tertuduh pada mulanya cuba melemaskan mangsa menggunaka­n bantal apabila wanita itu tidur selepas mereka selesai makan malam

 Lelaki didakwa kerana bunuh, masak, makan kekasih

dan berbual.

“Mangsa bagaimanap­un tidak mati, menyebabka­n tertuduh mengambil botol wain kosong dan memukul mangsa berulang kali di kepalanya sehingga pengsan.

“Tertuduh kemudian mencelup jari ke dalam darah Olga dan melukiskan simbol sihir pada pintu sebelum mengambil pisau dan menikam mangsa,” katanya.

Menurutnya, tertuduh kemudian memotong kepala mangsa sebelum menghiris otak mangsa yang digoreng dan dimakan.

Seorang penyiasat kes itu berkata, pembunuhan berkenaan yang paling keji pernah dilihatnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia