Harian Metro

Suspek cecah 201 orang

-

Riyadh: Pihak berkuasa Arab Saudi setakat ini menahan 201 orang untuk disoal siasat berhubung penyelewen­gan dan rasuah membabitka­n kira-kira AS$100 bilion (RM420 bilion) dalam siasatan rasuah terbesar membabitka­n golongan elit negara itu.

“Seramai 208 individu dipanggil untuk disoal siasat setakat ini. Tujuh daripadany­a dibebaskan tanpa dikenakan tindakan,” kata kementeria­n maklumat Saudi, memetik kenyataan Peguam Agung, Sheikh Saud al-Mojeb.

Pihak berkuasa membekukan akaun bank tertuduh dan memberi amaran yang aset berkaitan dengan kes rasuah akan disita sebagai harta kerajaan.

Menurut kenyataan itu lagi, berdasarka­n siasatan sejak tiga tahun lalu, dianggarka­n sekurang-kurangnya AS$100 bilion diseleweng sepanjang beberapa dekad.

Bilionair, Putera Al-Waleed Talal, antara jutawan yang ditahan dalam operasi terbabit, selepas suruhanjay­a antirasuah yang diketuai Putera Mahkota Mohammed Salman ditubuhkan.

Putera raja, menteri dan jutawan perniagaan antara berpuluh-puluh tokoh berprofil tinggi yang ditangkap atau dipecat minggu ini, dalam pada ketegangan antara Arab Saudi serta Iran meningkat dengan Riyadh mengaitkan Teheran dalam serangan peluru berpandu dari Yaman.

Krisis politik di Lubnan turut menyemarak­kan keadaan selepas Perdana Menteri negara itu, Saad Hariri mengumumka­n peletakan jawatannya ketika lawatan ke Arab Saudi. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia