Harian Metro

Azizul akan beraksi di siri kedua Piala Dunia

- Azlan Muhammad Zain azlanmz@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Azizulhasn­i Awang mengesahka­n akan terus beraksi dalam acara keirin dan pecut individu pada siri kedua Piala Dunia di Manchester walaupun masih belum pulih sepenuhnya susulan terseliuh buku lali kiri minggu lalu.

The Pocket Rocketman menjelaska­n dia sudah menjalani dua sesi latihan dan ia berjalan lancar bagi menghadapi saingan untuk acaranya hari ini.

“Saya akan meneruskan perjuangan dengan menyertai dua acara seperti yang dijadualka­n walaupun buku lali kiri masih sakit selepas menjalani dua sesi latihan.

“Bagi melakukan kayuhan ketika latihan, saya perlu membalut bahagian buku lali itu. Pada masa sama, saya melakukan rawatan ais dan urutan bagi mempercepa­tkan proses pemulihan. Saya berharap semua dapat mendoakan saya,” katanya.

Pelumba CIMB Pro Cycling itu terseliuh buku lali kiri selepas berlanggar dengan pelumba Jepun, Kazunari Watanabe dalam acara keirin pada siri pertama Piala Dunia di Poland

(gambar)

minggu lalu.

Sementara itu rakan sepasukann­ya di CIMB Pro Cycling Team, Fatehah Mustapa menaruh harapan mempamerka­n prestasi lebih baik di Manchester selepas kurang menyerlah di Poland.

“Latihan berjalan dengan lancar dan saya berharap mampu melangkah ke final kali ini selepas gagal melangkah ke pusingan kedua pada siri pertama tempoh hari,” ujarnya.

Turut menggalas cabaran negara di Manchester tiga pelumba Sime Darby Foundation – Shah Firdaus Sahrom, Fadhil Zonis dan Farina Shawati Adnan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia