Harian Metro

KOD BAR PANTAU PENYOKONG

- Nor Hairulniza­m Wahid hairulniza­m@hmetro.com.my

Sewaktu skuad B-23 kebangsaan tewas di tangan Thailand pada aksi final Sukan SEA 2017 (KL2017), tidak kurang yang mengaitkan­nya dengan ketiadaan Ultras Malaya yang dikatakan menjadi penjana semangat anak buah Datuk Ong Kim Swee.

Biarpun mempamerka­n aksi terpuji hingga ke final, sokongan penyokong tempatan di Stadium Shah Alam bagaikan lesu di sebalik gegak-gempita sorakan penyokong lawan hinggakan skuad itu gagal bangkit daripada insiden penjaga gol yang memberikan kemenangan ibu emas buat Thailand.

Justeru, benarkah ‘kudrat’ penyokong atau pemain ke-12 (dalam bola sepak) ini mampu memberikan kelebihan buat pasukan masing-masing, apatah lagi ketika menghadapi perlawanan penting seperti aksi final?

“Kehadiran penyokong menyuntik elemen motivasi atau ‘second wind’ kepada pasukan, ketika mereka hilang semangat dan menyuntik kembali keghairaha­n, ia penting untuk semua jenis sukan,” kata Pensyarah Kanan Sains Sukan dan Rekreasi Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Mohd Sadek Mustafa.

“Dalam kes final bola sepak Sukan SEA, ia membezakan antara penyokong fanatik dengan mereka yang datang untuk menonton perlawanan. Sorakan berterusan penyokong amat penting untuk mengekalka­n momentum dan fokus pemain di padang terutama dalam perlawanan akhir.”

Kehadiran penyokong menurut beliau juga mampu menambah ‘gerun’ kepada pasukan lawan, secara langsung memberi kelebihan psikologi kepada pasukan.

Lebih penting lagi, impak yang ditunjukka­n mampu menarik dan melahirkan peminat dan bintang baru dalam sesuatu sukan dan perkara ini menurut beliau disebabkan kebiasaan manusia yang suka mengaitkan diri dengan individu dan pasukan berjaya.

“Sewaktu Malaysia menjuarai Piala AFF 2010 di bawah kendalian Datuk K Rajagobal, jersi Malaysia habis dijual malah jersi tiruan turut mendapat sambutan luar biasa hinggakan orang luar pun menyarung jersi kita,” kata Sadek.

“Itulah fenomena yang berlaku apabila orang mahu mengaitkan diri mereka dengan kejayaan hasil pencapaian Safiq Rahim, Khairul Fahmi Che Mat dan rakan sepasukan mereka.”

Namun menurut Sadek, sisi negatif kehadiran penyokong ini adalah segelintir daripada mereka sukar mengawal emosi, seperti pergaduhan, membaling mercun dan terbaru kes penyokong Tottenham yang membaling air kencingnya ke arah penyokong lawan.

Jelasnya, perkara seperti itu boleh diatasi dengan memupuk kesedaran kepada penonton mengenai kepentinga­n penonton dalam satu-satu perlawanan dan perkara itu kurang diberi penekanan dalam aspek sukan tempatan.

“Dalam hal ini penting untuk memupuk hubungan antara pasukan dan kelab penyokong. Jika tidak ia mungkin akan ‘mengeringk­an’ kantung pasukan seperti yang berlaku kepada FAM yang didenda gara-gara penyokong,” kata beliau.

Di Eropah misalnya, perkara itu diberi perhatian dengan penyokong yang mencetuska­n kekacauan boleh dipenjara serta dihalang memasuki stadium dan ini kerana mereka mempunyai sistem kod bar yang mana pembelian tiket atas nama individu.

“Jadi, maklumat mengenai mereka akan keluar sekiranya didapati melakukan kesalahan. Selain itu, setiap stadium mengeluark­an garis panduan perkara yang boleh dibuat, dibawa ke stadium atau sebaliknya dan perkara ini dipatuhi.”

Pada masa sama hubungan pasukan dan kelab turut memberi pengaruh terhadap sokongan penajaan kepada pasukan yang mana sukan seperti ragbi dan kriket (di India dan Pakistan) mampu menarik penaja hebat kerana sukan itu mempunyai kelompok penyokong tersendiri.

Namun, jika penyokong membuat onar, sudah tentu ia akan mewujudkan imej atau budaya yang tidak elok terhadap pihak penaja terutama di mata masyarakat terutama kanak-kanak.

“Apa yang dilakukan penyokong ini bukan saja memberi kesan kepada pasukan, masyarakat, nilai sosial dan penajaan,” katanya.

“Mereka mungkin berbuat demikian kerana didorong rasa marah tanpa memikirkan kesannya tapi apa yang mereka lakukan boleh menjejaska­n imej pasukan malah mencemar nama baik negara.”

 Sistem jualan tiket atas nama individu cara Eropah

bendung tindakan liar penyokong di stadium

 ??  ?? ANTARA langkah membeli tiket perlawanan.
PERATURAN bagi memastikan keselamata­n semua pihak di stadium.
ANTARA langkah membeli tiket perlawanan. PERATURAN bagi memastikan keselamata­n semua pihak di stadium.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia