Harian Metro

HARI PENENTUAN

- AFP

 Marquez hampiri gelaran dunia keempat

Penunggang Sepanyol, Marc Marquez akan menjulang gelaran dunia MotoGP buat kali keempat hujung minggu ini kejayaan yang sudah diimpikann­ya sejak babak pertama musim ini.

Pelumba Honda berusia 24 tahun itu yang muncul juara dunia dalam kelas perdana itu pada 2013, 2014 dan 2016, gagal menyerlah sebaliknya dia hanya mampu menyaksika­n pesaing dari Yamaha, Maverick Vinales muncul pemenang dalam tiga daripada lima perlumbaan awal musim.

Kegagalan itu menyaksika­n dia menduduki tangga keempat dalam senarai pendahulu selepas seteru tradisi, Valentino Rossi menang di Belanda.

Namun memasuki babak kedua musim, Marquez mula mendominas­i sambil diiringi Andrea Dovizioso yang menunggang Ducati.

Lima daripada enam kemenangan Marquez musim ini hadir sejak aksi di Assen ketika penguasaan Yamaha dilihat semakin merudum.

Dovizioso turut mencatat enam kemenangan tetapi Marquez masih mendahului menjelang perlumbaan di Sepanyol menerusi kelebihan 21 mata sekali gus bermakna dia hanya perlu menamatkan saingan dalam kelompok 11 teratas hujung minggu ini untuk sekali lagi bergelar juara dunia.

“Sudah tentu ada sedikit tekanan di Valencia kerana banyak yang dipertaruh­kan tapi secara jujurnya, saya mula berasa tertekan sepanjang babak kedua musim ini,” kata Marquez yang cuba mengesahka­n kedudukan selaku juara dunia di GP Malaysia dua minggu lalu tetapi sekadar menamatkan perlumbaan di kedudukan keempat.

“Secara dasarnya, kami sudah mula mampu menangani situasi, sama seperti yang berlaku di Malaysia. Ia melegakan saya.

“Mengenai litar, saya tidak begitu bimbang kerana saya sukakan Valencia. Kami akan berlumba mengikut arah lawan jam dan ia sesuai dengan saya. Sudah tentu kelebihan mata memberikan kami peluang untuk mengawal keadaan.

“Justeru, kami tidak perlu terlalu memikirkan soal lain. Bukan kami mengambil mudah perlumbaan kali ini cuma kami akan ke Valencia dengan keyakinan yang lebih bagus.”

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia