Harian Metro

TAKTIKAL SERANGAN AMPUH

- Reuters

Zagreb

Croatia mencerahka­n peluang ke Piala Dunia tahun depan dengan kemenangan bergaya 4-1 ke atas Greece awal pagi semalam pada aksi pertama play-off zon Eropah.

Keputusan itu meletakkan Greece dalam situasi sukar apabila membuat perhitunga­n sekali lagi di Athens awal pagi Isnin ini dalam misi melayakkan diri ke pusingan akhir buat kali ketiga berturut-turut.

“Kami tidak boleh mengambil mudah dan kami akan bertandang ke Greece seperti keputusan masih 0-0,” kata jurulatih Croatia, Zlatko Dalic.

“Strategi kami adalah untuk menyerang mereka dengan menggunaka­n pemain sayap dan apa yang kami rancang ini menjadi.

Saya tidak gembira dengan gol yang kami lepaskan, tapi bagi saya ini masih keputusan baik,” ujarnya.

 Croatia cerah peluang ke Russia selepas benam Greece

Penyerang Nikola Kalinic menjadi taruhan selepas Mario Mandzukic mengalami kecederaan dan dia membalas kepercayaa­n itu dengan meraih sepakan penalti bagi membolehka­n kapten Croatia, Luka Modric menjaringk­an gol pertama pada minit ke-13.

Kalinic kemudian mencetak nama sebagai penjaring untuk membantu tuan rumah mendahului 2-0 pada minit ke-19 sekali gus menceriaka­n penyokong di Stadium Maksimir.

Sokratis Papastatho­poulos berjaya merapatkan jurang gol buat Greece sebelum Ivan Perisic menjadikan kedudukan 3-1 menerusi tandukan sebelum tamat babak pertama.

Andrej Kramaric memastikan Croatia dalam kedudukan selesa apabila meledak gol keempat pada minit ke-49 dan pasukan tuan rumah boleh berpesta gol, namun kecemerlan­gan penjaga gol Greece, Orestis Karnezis berjaya menafikan percubaan bahaya Kramaric dan Kalinic selepas

itu.

 ?? Zlatko Dalic ?? Strategi kami adalah untuk menyerang mereka dengan menggunaka­n pemain sayap KALINIC bunuh semangat lawan selepas ledak gol ketiga Croatia. KRAMARIC (kiri) lengkap kemenangan Croatia dengan jaringan keempat. MODRIC (kiri) diterjah pemain Greece,...
Zlatko Dalic Strategi kami adalah untuk menyerang mereka dengan menggunaka­n pemain sayap KALINIC bunuh semangat lawan selepas ledak gol ketiga Croatia. KRAMARIC (kiri) lengkap kemenangan Croatia dengan jaringan keempat. MODRIC (kiri) diterjah pemain Greece,...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia