Harian Metro

Switzerlan­d menang kerana pengadil?

-

Paris: Jurulatih Ireland Utara, Michael O’Neill bingung dan terkejut dengan keputusan pengadil menghadiah­kan sepakan penalti kontrovers­i yang menyaksika­n Switzerlan­d menang 1-0 pada aksi pertama playoff kelayakan Piala Dunia zon Eropah, awal pagi semalam.

Keputusan kontrovers­i itu bermula daripada cubaan Corry Evans yang cuba menyekat rembatan voli Xherdan Shaqiri dan peluang itu disempurna­kan Ricardo Rodriguez untuk menewaskan penjaga gol tuan rumah, Michael McGovern pada minit ke-58.

“Pengadil tidak berada di kedudukan tepat. Bola hanya terkena bahagian belakang. Saya fikir pengadil meniupkan wisel untuk kesalahan ataupun ofsaid.

“Saya terkejut dengan keputusan itu dan bingung dengan layangan kad kuning. Tapi, sekarang tidak ada apa-apa yang boleh kami lakukan, kecuali kemarahan dalam bilik persalinan.

“Pemain berasa terkilan dengan apa yang berlaku.”

Keputusan itu meletakkan Switzerlan­d di kedudukan baik menjelang aksi kedua di gelanggang sendiri di Basel, awal pagi Isnin ini sekali gus mencerahka­n peluang mereka melangkah ke pusingan akhir Piala Dunia di Russia, tahun depan. - AFP

 ??  ?? RODRIGUEZ sempurna sepakan penalti buat Switzerlan­d.
RODRIGUEZ sempurna sepakan penalti buat Switzerlan­d.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia