Harian Metro

Kepulangan Cahill ceriakan Australia

-

San Pedro Sula, Honduras: Tim Cahill memberi lonjakan semangat buat skuad Australia apabila sedia diturunkan dalam aksi penting menentang Honduras pada perlawanan pertama playoff kelayakan Piala Dunia, hari ini.

Cahill, 37, mengalami kecederaan buku lali ketika bersama kelabnya, Melbourne City dalam saingan Liga Australia dan terpaksa mengharung­i perjalanan ke San Pedro Sula dengan kaki berbalut ais.

Jurulatih Australia, Ange Postecoglo­u berkata, walaupun beliau belum membuat senarai pemain, Cahill bersedia untuk diturunkan.

“Tim Cahill akan berlatih hari ini dan kami akan buat keputusan esok. Semua pemain cergas untuk diturunkan,” kata Postecoglo­u.

“Dia (Cahill) bukan Superman, tapi dia amat profesiona­l. Sejak kecederaan itu, dia tahu ia bukan kecederaan teruk dan bersungguh-sungguh untuk datang ke sini,” katanya.

Postecoglo­u berkata, nasihat kakitangan perubatan pasukan juga turut memberi keyakinan buatnya.

“Semua maklumat yang saya dapat daripada pasukan perubatan menunjukka­n dia (Cahill) sedia untuk bermain. Dia sudah melakukan segala-galanya, sejak mula mengalami kecederaan hingga sekarang,” katanya. - AFP

 ??  ??
 ?? Ange Postecoglo­u ?? Tim Cahill akan berlatih hari ini dan kami akan buat keputusan esok”
Ange Postecoglo­u Tim Cahill akan berlatih hari ini dan kami akan buat keputusan esok”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia