Harian Metro

Jaringan Depay julang Belanda

-

Aberdeen, Scotland: Jaringan Memphis Depay pada minit ke-40 membantu Belanda menang 1-0 ke atas pasukan muda Scotland di Aberdeen dalam perlawanan persahabat­an, awal pagi semalam.

Kedua-dua pasukan gagal layak ke Piala Dunia tahun depan dan pengendali sementara Scotland Malky Mackay membariska­n pemain muda untuk aksi di Pittodrie itu.

Mackay, yang dimaklumka­n FA Scotland beliau bukan calon untuk menggantik­an Gordon Strachan sebagai pengurus sepenuh masa, menurunkan tiga pemain baru Ryan Christie dan Callum McGregor di bahagian tengah serta Ryan Jack di pertahanan kanan.

Pertahanan Celtic berusia 20 tahun, Kieran Tierney mengetuai pasukan itu dalam penampilan kesembilan untuk negaranya dengan pasukan kurang berpengala­man itu beraksi baik secara keseluruha­n.

Belanda yang begitu sabar ketika menguasai bola, mendahului hasil serangan balas dengan Depay menjaringk­an gol selepas menerima hantaran leret Ryan Babel.

Scotland yang mencatat dua percubaan tepat pada hujung perlawanan berpeluang untuk menyamakan kedudukan tetapi percubaan pemain gantian Jason Cummings terlalu lemah dan tandukan Matt Phillips pula gagal menemui sasaran walaupun tidak dicabar. - Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia